06 March 2024

BELUM TEMUI PENGGANTI - NOOR NABILA BAHAGIA KEHIDUPAN SEKARANG, MAHU FOKUS BESARKAN ANAK



Usahawan dan pemp£ngaruh, Noor Nabila baru-baru ini telah memuat naik foto dirinya yang mengenakan busana ala pernikahan dengan kapsyen tanda hati di akaun media sosial miliknya.
Dek kerana hantaran itu, kakak kepada selebriti terkenal, Noor Neelofa itu didakwa kembali mendirikan rumah tangga.

Berhubung dakwaan itu, Nabila berkata, selepas melalui episod perceraian tahun lalu, dia kini lebih selesa menjalani kehidupan solo dengan anak tunggalnya, Jebat Jayden.

"Saya belum temui pengganti baharu dan bahagia dengan kehidupan sekarang. Masih terlalu awal untuk bercinta dan memiliki pasangan hidup semula. Itu bukan keutamaan saya lagi.

"Fokus saya sekarang hanya untuk Jayden yang sedang membesar dan bakal melangkah ke alam persekolahan tak lama lagi," ujarnya.

Jelas Nabila lagi, foto yang dimuat naik itu adalah sewaktu dia menjalani penggambaran musim baharu program Next To Neelofa.

"Kalian sudah sal@h faham. Saya belum bernikah lagi. Kalau saya sudah jumpa jodoh baharu saya akan kongsikan. Doakan yang baik-baik untuk saya okey," katanya sambil ketawa.

Untuk makluman, Nabila sebelum ini pernah bernikah dengan pelakon Sharnaaz Ahmad pada April 2017, namun berpisah pada 9 Julai 2020.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Jebat Jayden yang kini berusia 6 tahun.

Kemudiannya, Nabila kembali mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran pada 19 Mac 2021, sebelum mereka sah bercerai September tahun lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: