15 March 2024

BEKAS PENYANYI WINGS, MEL R£BAH KETIKA SEDANG RUKUK SOLAT TARAWIH



Bekas penyanyi Wings, Mel, 58, terpaksa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), selepas r£bah ketika sedang mengerjakan solat tarawih di Surau Al-Jannah, Pinggiran Bukit Jalil, di sini, malam tadi.
Difahamkan, Mel yang juga pengerusi surau itu sejak tujuh tahun lalu itu dikatakan r£bah ketika sedang rukuk.

Anak Mel iaitu Ewal, 31, yang juga penyanyi Kristal ketika dihubungi menjelaskan, bapanya itu kini stabil dan sudah dibenarkan pulang ke rumah.

Bagaimanapun, Ewal memberitahu, bapanya itu masih perlu kembali ke hospital bagi menjalani uj1an str£ss untuk memeriksa tahap keupayaan jantung.

"Alhamdulillah, keadaan ayah nampak semakin baik dan sekitar pukul 8 pagi tadi sudah dibenarkan keluar wad pemantauan selepas pemeriksaan pakar," katanya.

Menceritakan kejadian itu, Ewal berkata, bapanya pergi ke surau itu bersama isterinya, Ros Maini Othman untuk solat tarawih.

"Saya terk£jut apabila diberitahu perkara ini. Malam tadi ayah terus dibawa ambulans terus ke zon kuning HKL dan diberikan rawatan segera tambahan pula dia pernah mempunyai sejarah ser@ngan angin ahmar.

"Terima kasih kepada semua jemaah yang membantu sampai ayah dapat dibawa ke hospital dan diberi rawatan segera.

"Doktor maklumkan tiada apa-apa yang membimbangkan, cuma mungkin dia terlampau letih atau sal@h makan sehingga mengakib@tkannya kurang sihat dan reb@h tiba-tiba," ujarnya.

Untuk makluman, Mel pernah mendapat ser@ngan angin ahmar kira-kira 10 tahun lalu tetapi pulih selepas menerima rawatan.

"Kalau tengok keadaan ayah sepanjang tahun-tahun kebelakangan ini memang orang tak sangka dia pernah kena str0k. Kami sekeluarga pun tengok dia cergas saja.

"Mungkin sebab kuat semangat, ambil ubat ikut jadual serta aktif membuatkan dia dapat kekalkan kesihatan. Cuma agak lama juga dia tidak ke hospital untuk pemeriksaan.

"Harapnya tiada mas@lah s£rius pada sesi pemeriksaan susulan dan uj1an str£s 21 Mac nanti. Beberapa hari lagi dia kena pergi ke Hospital Putrajaya pula untuk ambil ubat," tuturnya.

Sementara itu, kata Ros Maini atau Mai, petang semalam Mel ada memberitahu mahu pulang ke kampung hari ini.

"Selepas berbuka dia teringatkan kakaknya di Pantai Dalam yang tinggal bersendirian. Dia terfikir kakaknya makan apa seorang diri lalu menangis.

"Dia juga ada meng@du penat dan tak lar@t nak solat tarawih tapi saya ajak dia pergi juga sebelum waktu Isyak," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: