29 March 2024

"BETUL, RUMAH SAYA MEMANG DILEL0NG" - SAJAT MAHU HIDUP GEMBIRA DI AUSTRALIA



Usahawan kosmetik, Sajat, 39, mengesahkan rumah banglo miliknya yang terletak di Seksyen 10, Petaling Jaya, Selangor itu akan dilel0ng dengan harga RM4.68 juta pada 13 Mei depan.
Jelas Sajat, tind@kan itu dibuat selepas dia mengambil keputusan untuk tinggal di Australia.

"Betul, rumah saya memang dilel0ng. Saya sudah duduk sini (Australia) bukan di sana (Malaysia), jadi lel0nglah. Memang betullah tu nak kena lel0ng.

"Sedih? Buat apa nak sedih. Kita (saya) duduk luar negara, gembira di sini," kata Sajat menerusi rakaman video yang dimuat naik di akaun TikTok, dimana dia turut mendedahkan semua harta miliknya sudah tiada.

"Bukan setakat rumah kena lel0ng, kereta pun dah tiada. Apa pun sudah tak ada. Jadi, nak suruh saya balik buat apa? Memang tidak dah lah.

"Saya sudah tinggal di sini, buat apa nak fikir lagi duduk di Malaysia. Bukan boleh balik pun. Dulu ada, disuruh pergi saja. Sudah keluar Malaysia nak suruh balik pula, kenapa?

"Biarlah saya hidup dengan gembira di sini. Walaupun kita jauh di mata, tapi dekat di hati. Anda saja duduk di Malaysia, seronok hidup di Malaysia tu.

"Orang macam saya ini, tak seronok duduk Malaysia. Macam anda, lelaki, perempuan seronoklah. Duduk saja," ujarnya.

Perkongsian Sajat itu bagi menjawab pertanyaan pengguna TikTok yang sedang menyaksikan sesi siaran langsung dibuat penyanyi lagu 'Bob0 Di Mana' itu.

Terdahulu, kediaman Sajat dilaporkan bakal dilel0ng oleh pihak bank dengan harga RM4.68 juta.

Menerusi hantaran seorang ej£n hartanah, rumah itu pada asalnya dijual dengan harga RM9 juta.

"Selepas berhijrah ke Australia, Sajat nak jual rumah ini RM9 juta lebih. Sekarang, rumah ini dilel0ng bank pada harga RM4.68 juta saja," tulis ej£n itu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: