29 March 2024

"TERIMA KASIH BERKONGSI REZEKI DENGAN SAYA YANG TIDAK SEBERAPA INI" - DATUK RED LUAH RASA SYUKUR DITAWAR JADI MODEL BAJU MELAYU



"Bismillah. Terima kasih kerana beli peluang dan beri kerja yang tidak disangka-sangka. Maaf, saya pertama kali jadi model. Terima kasih berkongsi rezeki dengan saya yang tidak seberapa ini."
Demikian tulis Datuk Red yang meluahkan rasa syukur apabila ditawarkan pekerjaan sebagai model baju Melayu di sebuah gedung pakaian terkemuka, di sini.

Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu, berkongsi perkara tersebut di TikTok menerusi keterangan di beberapa hantaran video, dimana dia menjadi model dan memprom0sikan jenama gedung pakaian terkemuka itu.

Dalam pada itu, suami kepada Datin Red dan penyanyi Adira Suhaimi, turut mengucapkan terima kasih apabila dia menerima sumbangan baju sempena Aidilfitri bukan saja buat dirinya, tetapi juga keluarga.

"Terima kasih kerana sudi beri sumbangan dan juga menaja baju raya buat saya sekeluarga. Syukur tak terkata," tuturnya.

Terdahulu, Datuk Red mendedahkan mengenai kehidupannya yang berd£pan kesuk@ran selepas diisyt1harkan mufl1s sejak 2019 dan terpaksa men@nggung b£ban hut@ng mencecah RM5 juta.

Akibat kehidupan yang terd£sak, dia berusaha mencari pekerjaan untuk men@mpung kehidupan dan keperluan anak-anaknya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: