30 March 2024

DEMI KESELESAAN ANAK-ANAK - AMIR JAHARI BELI KERETA PERTAMA



"Kalau dulu, aku rasa benda ni must@hil. Tapi bila aku n£kad nak bagi keselesaan untuk anak-anak bila kami tr@vel jauh, nak jemput dan bawa family dari Sarawak jalan-jalan bila datang KL, slowly, aku nampak jalannya."
Itulah tulis penyanyi Amir Jahari yang juga pemenang AJL38, dimana dia meluahkan rasa syukur apabila membeli kereta jenis Perodua Alza yang juga merupakan kenderaan pertamanya.

Amir yang berkongsi perkara tersebut menerusi perkongsian di Instagram itu berkata, dia membuat keputusan untuk membeli kereta pertama demi keselesaan anak-anak apabila berjalan jauh serta buat keluarganya jika datang dari Sarawak.

Bekas peserta Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9) itu dalam masa sama turut menjelaskan, bahawa kereta tersebut bukan dibeli menggunakan wang tunai daripada kemenangannya di AJL pada 3 Mac lalu.

Kata Amir, sebelum ini ramai menyangka dia hidup dalam kesus@han kerana mal@s dan dikatakan memilih kerja, sedangkan banyak pekerjaan dilakukan, namun kondisi dirinya yang kur@ng st@bil.

"Sebelum tu sus@h bukan sebab aku mal@s. Bukan sebab aku memilih untuk bekerja. Macam-macam juga kerja aku buat.

"Aku mengajar di Sri Aria Elementary School dan Pondok Seni, aku buat servis cipta lagu juga. Aku pernah mintak kerja dengan Lunc@i Emas.

"Tapi keadaan aku tak st@bil, kejap aku okay, kejap aku tak okay," kata Amir yang juga berkongsi, pemergian bapanya menjadi titik permulaan buatnya untuk bermain muzik semula dan membuat persembahan walaupun ketika itu tiada modal.

"Turning point aku bermula pada tahun bapa aku meninggal. Aku main muzik balik. Aku buat tour walaupun takde modal. Banyak aku fikir dan banyak aku belajar. Aku makin s£rius menyimpan. Aku mula belajar tentang inv£stment. Fast forward, Alhamdulillah, my 1st ever Car!" tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: