05 March 2024
BILA MADU MARISSA DANIA DEDAH PERNAH BELAJAR DI SEKOLAH TAHFIZ, SAMBUNG PELAJARAN DI MESIR
Semua sedia mengetahui, rezeki isteri pertama kepada Aslam iaitu Misya Mazlan semakin murah apabila dipilih menjadi model beberapa jenama, sejak hangat diperkatakan mengenai dakwaan suaminya itu berp0ligami.
Suami Misya telah berkahwin buat kali kedua dengan anak kepada selebriti Abby Abadi dan Norman Hakim yang merupakan seorang pemp£ngaruh media sosial, Marissa Dania.
Baru-baru ini, menerusi video yang dikongsikan oleh Hejja HQ, madu kepada Marissa itu mendedahkan, dia pernah belajar di sekolah tahfiz dan melanjutkan pelajaran selama setahun selepas tingkatan dua.
"Saya belajar di sekolah menengah sampai tingkatan dua kemudian sambung belajar Al-Quran. Lepas tu daripada tahfiz tu saya dibawa ke Mesir selama setahun," kata ibu kepada dua cahaya mata itu.
Tambah Misya lagi, selepas tamat SPM, dia melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma dalam bidang pendidikan, sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin ketika sedang belajar dan ketika tempoh Perint@h Kaw@lan Perg£rakan (PKP).
"Selepas itu, dapat anak pertama dan masa itu tengah int£rn. Saya berpant@ng masa tengah int£rn. Nasib baik masa tu online, sambil jaga anak sambil int£rn jadi cikgu," ujarnya.
Terdahulu, hangat diperkatakan mengenai Marissa Dania selepas didakwa sudah berkahwin dengan lelaki bernama Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember tahun lalu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment