10 March 2024

DAKWAAN DAH NIKAH JEJAKA BRUNEI - MAWAR RASHID KUNCI MULUT



Baru-baru ini, timbul sp£kulasi yang mendakwa pelakon Mawar Rashid telah pun kembali bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya.
Mawar menerusi laman sosial telah memuat naik perkongsian gambar dipercayai bersama suami, namun hanya menampakkan bahagian peha dan memakai pakaian warna sedondon.

Difahamkan, Mawar juga ada memuat naik gambar borang pernikahan dari Pejabat Pendaftaran Perkahwinan Negara Brunei Darussalam dan tertera tarikh 8 Mac 2024, namun perkongsian itu telah pun dipad@m.

Berhubung perkongsiannya itu, bekas isteri kepada pelakon Raf Yaakob ini berkata, dia akan berkongsikan sebarang berita gembira jika dia sudah bersedia.

"Saya belum boleh beri sebarang komen tentang hal berkenaan kerana ia terlalu peribadi. Insya-Allah saya akan kongsi apabila sudah bersedia dalam masa terdekat," katanya.

Dalam pada itu, Mawar turut meminta mendoakan yang baik-baik buat dirinya serta mengucapkan terima kasih yang mendoakannya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: