22 March 2024

DAPAT MIMPI ARWAH SITI SARAH - WATIE HANIFIAH AKUI 'CEMBURU' : "ADAKAH DIA KEMBALI UNTUK AMBIL SEMULA HAKNYA IAITU SHUIB & ANAK-ANAK"



"Baru-baru ini, saya ada mimpikan arwah Sarah. Dalam mimpi itu hanya ada saya, arwah dan abah (Raisuddin Hamzah). Tapi, arwah hanya berdiam diri dan melihat saya.
"Dalam mimpi itu, wujud satu perasaan ris@u, adakah dia kembali untuk ambil semula haknya iaitu Shuib dan anak-anak. Masa itu memang dalam hati rasa begitu, tapi saya sorok perasaan itu.

"Sebelum tegur dan tanya pada arwah, 'tak mahu jumpa anak-anak ke? Mereka rindu'. Arwah tak balas tetapi hanya memandang saja."

Demikian kongsi isteri kepada pelawak dan usahawan Shuib iaitu Watie Hanifiah, 36, yang memberitahu, dia ada bermimpi dapat bertemu dengan Allahyarham Siti Sarah baru-baru ini.

Jelas Watie atau nama sebenarnya, Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, dia tidak sangka timbul juga rasa 'cemburu' ketika itu kerana ris@ukan arwah mahu bersama Shuib dan anak-anak semula.

Menurut usahawan terbabit itu lagi, mimpi berkenaan mungkin terc£tus selepas anak perempuan tirinya, Dzahira Talita Zahra memberitahu turut bermimpi arwah Siti Sarah.

Malah katanya, dia tidak sangka rasa 'cemburu' itu wujud juga kerana realitinya dia memang tidak pernah menyimpan perasaan yang sedemikian.

"Itu pertama kali saya terfikir bahawa dalam mimpi pula yang ada perasaan ris@u itu. Secara realitinya tak 'cemburu' pun, tapi dalam mimpi pula 'cemburu'.

"Selepas cerita pada Shuib dan tanya dia kalau disuruh buat pilihan, dia pilih siapa? Dia hanya diam dan kata meng@rut saja. Kemudian kami berborak banyak benda meng@rut, bergelak ketawa tapi jangan risau semuanya okay saja," katanya.

Untuk makluman, Shuib mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pada 2011.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Talita Zahra, 11, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.

Pada 9 Ogos 2021, Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia akib@t j@ngkitan C0V1D.

Kemudianya, Shuib berkahwin dengan Watie pada Jun 2023 selepas mendapat restu daripada semua pihak termasuk anak-anaknya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: