23 March 2024

DIPILIH JADI TETAMU ALLAH LAGI - ALINA HASSAN RASA SYUKUR, BERTUAH : "KENAPA 50 HARI (BERMUS4FIR), SEBAB TAK TAHU MUNGKIN INI RAMADAN TERAKHIR SAYA"



"Sehari sebelum pergi hati dan pandangan saya sudah di sana. Tak sangka Allah akan jemput saya lagi. Bila pegawai pemasaran travel umrah kata kos mencecah RM14,000 untuk 50 hari, saya cakap mahal. Dia kata boleh bayar dep0sit dulu, jadi saya terus kata okay.
"Pada masa itu saya tak ada duit lagi, jadi saya bagi dua cincin emas saya sebagai deposit. Selepas itu saya kuatkan semangat, saya bekerja dan ambil tawaran persembahan di sana sini. Malah, saya pandu sendiri, sebab nak jimat dan bayaran itu lebih.

"Alhamdulillah, dapat banyak 'show' dan saya tambah sedikit demi sedikit bayaran kos umrah," kata penyanyi Alina Hassan, 56, pada SYOK Podcast Confession Bilik Gelap episod lima, baru-baru ini.

Dalam podcast tersebut, Alina Hassan meluahkan rasa syukur dan bertuah apabila dipilih menjadi tetamu Allah bagi mengerjakan ibadah umrah selama 50 hari, sempena Ramadan tahun ini.

Ujar Alina, biarpun perlu mengumpul duit dan bekerja k£ras bagi membayar kos RM13,999, namun segalanya dipermudahkan Allah SWT.

Malah, Alina yang juga juara program Sinaran Passport Kegemilangan 1996 itu turut berkongsi dimana dia terpaksa 'menyimpan' dua cincin emas miliknya sebagai pembayaran pendahuluan.

Tambah penyanyi itu lagi, dia juga bersyukur apabila banyak undangan nyanyian diterima selepas video busk1ng di Bukit Bintang menjadi tular.

"Selepas itu, tular pula video saya busking di Bukit Bintang. Dari situ dapat lagi banyak 'show'. Ini semua Allah yang atur. Saya memang tak sangka, kita hanya tan@m niat saja. Insya-Allah, Allah pilih dan permudahkan.

"Setiap kali duit 'show', saya akan bayar sedikit demi sedikit sampai cukup. Pada masa sama, saya buat sesi siaran langsung di TikTok. Apabila dapat 'gift' saya masukkan dalam akaun dan bayar lagi.

"Alhamdulillah, dua hari sebelum ke umrah baru cukup. Ada juga hamba Allah yang bantu," tuturnya yang berlepas menunaikan umrah pada 27 Februari lalu.

Sementara itu, kongsi Alina lebih lanjut, dia memilih untuk bermus@fir selama 50 hari kerana memikirkan jika ini adalah Ramadan terakhir buat dirinya.

"Kenapa 50 hari, sebab tak tahu mungkin ini Ramadan terakhir saya. Ini saja yang saya fikir. Itu yang Allah permudahkan semua, dan sebab itu saya cakap kena pergi juga," katanya.

Selain memenuhi jemputan menyanyi, Alina juga bekerja secara sambilan dengan busk1ng sebuah pr£mis di Wangsa Melawati.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: