29 March 2024

ELIZAD REDA KALAU SUAMI NAK KAHWIN LAIN SEBAB ANAK



"Ada wanita yang mesej saya dalam Instagram (DM) untuk tawarkan diri jadi nombor dua (isteri kedua), termasuk ibu tunggal yang sudah ada anak tiga.
"Ada yang sanggup untuk jadi isteri kedua. Macam-macam. Tapi saya tidaklah ambil perkara itu s£rius sangat. Tapi saya ada tanya sendiri pada suami, kalau sebab anak dia nak kahwin lagi, beritahu. Saya tak nak g@duh-g@duh.

"Kalau betul dia nak pergi dekat orang lain (berkahwin lagi) sebab anak, saya reda. Sebab saya tahu saya ada kekur@ngan. Sedangkan suami sudah ada dua cahaya mata (hasil perkahwinan terdahulu)."

Itulah kata pelakon Siti Elizad yang mendedahkan ada pengikutnya menghantar mesej di Instagram, dimana ada yang sanggup bermadu dengannya dengan alasan pelakon itu belum dikurniakan cahaya mata selepas 10 tahun berkahwin.

Ujar Elizad, dia tidak mengambil s£rius dengan tawaran berkenaan, namun mengakui ada meminta suaminya, Shamsul Baharin berterus terang jika mahu berkahwin lagi disebabkan anak.

Dalam pada itu, Elizad yang sudah melakukan pelbagai ikhtiar, termasuk menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF) sebanyak dua kali, namun belum dikurniakan rezeki cahaya mata itu kini reda dengan ketentuan takdir.

Bagaimanapun, Elizad mengakui keinginan untuk menimang cahaya mata itu akan datang semula apabila melihat kawan-kawan lain berkongsi berita kehamilan di media sosial

"Sebagai orang perempuan, kadang-kadang perasaan itu tak menentu. Kalau hari ini saya kata okey, esok lain pula. Tapi kalau ikutkan saya sudah masuk 'musim' reda.

"Namun bila tengok kawan-kawan kongsi kehamilan mereka dalam media sosial, perasaan itu datang balik. Tapi sejujurnya, saya sudah reda dan enjoy. Maksudnya kalau kata ada (rezeki anak), adalah. Tapi kalau tiada, saya okey sahaja," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: