29 March 2024

ISU TAK HADIR MAHKAMAH - HAFIDZ ROSDHI TAMPIL BERSUARA



Semua sedia maklum mengenai pelakon Hafidz Rosdhi yang tidak hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selasa lalu, bagi menyelesaikan k£s tuntutan int£rim hadanah dan induk hadanah untuk dua anaknya iaitu Humairah dan Umar.

Susulan itu, bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri meluahkan rasa k£sal serta mengatakan tind@kan Hafidz ini boleh melambatkan proses perbicaraan tuntutan hadanah yang difailkan oleh pelakon itu sebelum ini.

Berhubung tind@kan tersebut, Hafidz Roshdi menerusi satu perkongsian di Insta Story, memaklumkan, tiada keperluan untuk hadir ke mahkamah bagi sebutan k£s hadanah baru-baru ini.

Menerusi hantaran tersebut, Hafidz juga dilihat seakan menyindir bekas isterinya itu memanggilnya bod0h kerana tidak tahu perbezaan antara perbicaraan dan sebutan k£s di mahkamah.

Klik untuk gambar besar

"Sebutan kes tak perlu hadir ya. Harap maklum. Minta maaf ya, bulan puasa ni salah pula, tak pasal-pasal kena bod0h dan b£nak ubi.

"Ya, betul keputusan kes, tapi ianya adalah keputusan orang yang memohon sesuatu. Contoh sekarang, anak guam mohon untuk menambah penama dalam hak jagaan, jadi dialah yang kena hadir.

"Saya tak perlu hadir. Saya dah lantik peguam, kalau peguam hadir, anak guam tak hadir pun tak mencacatkan prosiding kes. Keputusan tetap boleh dibacakan sebab peguam yang dilantik hadir," tuturnya.
Dalam pada itu, Hafidz juga sempat menitipkan nasihat supaya setiap individu perlu menjaga tutur kata terutama dalam bulan Ramadan.

"Itu la, bulan puasa ini bukan setakat menahan lapar dan dahaga, tapi kita juga digalakkan berkata yang baik-baik dan benar. Maaflah, biarlah b£nak ubi tapi betul.

"Point yang penting: Saya tak wajib hadir dan saya sendiri nak selesaikan kes ini cepat-cepat. Selamat berpuasa," kata Hafidz yang turut mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pengikutnya di media sosial.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: