26 March 2024

FILEM 'SHERIFF' - SYAFIQ YUSOF KATA BAPA SUKA, SYAMSUL PULA BELUM TONTON : "KAMI SELALU BERHUBUNG MENERUSI WHATSAPP & KALI TERAKHIR, TIGA HARI LALU"



"Ayah (Yusof Haslam) sudah tengok filem 'Sheriff' dan dia suka pada filem ini. Saya berasa lega sebab dapat maklum balas sangat p0sitif daripada pihak pawagam dan pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF).
"Saya tak pernah letak sasaran dari segi kutipan, cuma harap ramai orang suka dan filem ini tidak rugi. Kalau cerita itu baik, baiklah kutipannya nanti.

"Saya belum berpeluang nak tunjuk filem Sheriff kepada abang (Syamsul Yusof) sebab dia juga sibuk dengan pembikinan filem bajet besarnya, 'Original Gangster' ketika ini.

"Hubungan saya dengan abang juga baik-baik saja. Kami selalu berhubung menerusi WhatsApp dan kali terakhir, tiga hari lalu."

Demikian ujar pengarah berkaliber, Syafiq Yusof yang bangga dengan filem 'Sheriff' sentuhan terbaharunya yang masih terus dibandingkan segelintir penonton dengan karya arahan abangnya, pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof.

Kata Syafiq, sebagai pembikin filem muda pastinya bapa, penerbit dan pengarah, Datuk Yusof Haslam dan Syamsul adalah 'sifu' atau guru yang banyak membimbing, mengajar dan sudah membantunya hingga berada pada tahap sekarang.

"Alhamdulillah, saya berasa bangga jika orang nak bandingkan filem arahan saya dengan filem abang, sebab ayah dan abang adalah sifu (guru) saya dalam bidang perfileman sejak dulu," katanya ketika ditanya jika ada pihak masih membandingkan filem arahannya dan Syamsul.

Dalam pada itu, tambah Syafiq atau nama penuhnya, Mohd Syafiq Mohd Yusof, dia memang banyak menimba ilmu mengenai bidang pengarahan filem daripada Syamsul dan bapanya.

"Saya sendiri belajar bikin filem daripada ayah dan abang sejak zaman sekolah lagi bila rumah kami sudah jadi tempat untuk lokasi penggambaran.

"Jadi jika orang nak bandingkan filem saya dengan abang, saya rasa sangat bersyukur sebab sekurang-kurangnya ia boleh dibandingkan sebab bukan mudah nak capai bikin filem pada tahap seperti itu," tuturnya yang memberitahu, dia ada perancangan untuk tunjukkan filem itu pada abangnya.

Mengenai filem aksi 'Sheriff' itu, Syafiq berkata, dia juga berasa teruja dan pada masa sama berdebar menanti maklum balas daripada penonton di pawagam mulai 18 April depan.

Untuk makluman, filem 'Sheriff' terbitan Skop Productions dan Astro Shaw ini dibintangi barisan pelakon seperti Zul Ariffin, Datuk Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Azira Syafinaz, Elizabeth Tan dan ramai lagi.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: