26 March 2024

MIMI FLY T£PIS DAKWAAN JALIN HUBUNGAN 'S0NGS4NG'



Penyanyi Mimi Fly 38, baru-baru ini telah didakwa menjalin hubungan 's0ngs@ng' dengan sahabat baiknya yang juga pemp£ngaruh media sosial, Ain Ramli hanya kerana mereka sering dilihat bersama.
Berhubung dakwaan itu, Mimi tampil men£pis dengan mengatakan, dia dan Ain adalah wanita 100 peratus 'lurus' dan hubungan antara mereka memang sangat baik serta terlalu rapat seperti adik-beradik.

"Hubungan dengan dia (Ain) rapat sangat-sangat, dah macam adik-beradik. Mereka yang cakap kami ada hubungan 'sej£nis' itu tak mengerti cara persahabatan yang terjalin ini," jelasnya ketika ditemubual program Melodi TV3.

Sementara itu, Ain juga memaklumkan, dia dan Mimi adalah kawan baik saja, tidak lebih dari itu termasuk dakwaan sebaliknya.

"Saya ingin 'confirm' (mengesahkan) 100 peratus di sini bahawa saya wanita yang 'lurus'. Kami berdua adalah kawan baik dan sangat rapat," katanya.

Dalam perkembangan lain mengenai karier nyanyiannya pula, Mimi berkata, dia kini dalam proses menyiapkan lagu baru dan sibuk di studio kerana ia bakal dilancar selepas Aidilfitri nanti.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: