04 March 2024
"HARAPNYA ADA KEJERNIHAN DALAM HUBUNGAN KEKELUARGAAN KAMI, INSYA-ALLAH" - YUSOF HASLAM JELAS SYAMSUL YUSOF BELUM MENGHUBUNGINYA
Pengarah dan penerbit, Datuk Yusof Haslam memberitahu, anaknya yang juga pengarah dan pelakon iaitu Syamsul Yusof, sehingga kini masih belum menghubunginya.
Difahamkan, kali terakhir dua beranak ini bertemu ialah pada 2022, dimana ketika ibu mentua Yusof yang juga nenek Syamsul s@kit.
Tambah Yusof lagi, dia faham dengan situ@si itu kerana Syamsul mungkin sedang sibuk dengan pembikinan filem terbaru arahannya, 'Original Gangster' yang bakal ditayangkan hujung tahun ini.
"Dia tak berhubung dengan kami, mungkin dia sibuk dengan pembikinan filem. Apa saja untuk Syamsul, saya dan ibunya sentiasa mendoakan terbaik. Tidak ada ayah atau orang tua yang mahu melihat kejatuhan anaknya," kata Yusof.
Menurutnya, sebagai bapa, dia perlu matang untuk berd£pan dengan situ@si yang mel@nda keluarganya ini.
"Sebagai bapa, bila anak bersik@p begitu, saya tak boleh bersik@p sama. Kita serah pada Allah SWT untuk menentukannya. Saya rasa tak ada anak yang tak sayang ibu bapanya. Mungkin dia masih mer@juk atau terkil@n lagi.
"Kita dah nak menyambut Ramadan dan Aidilfitri, jadi sentiasalah doakan terbaik kerana setiap kej@dian berl@ku, kita tak boleh ubah takdir," ujarnya yang dalam masa sama enggan mengeluarkan kenyataan lanjut bagi menjaga hati beberapa pihak terutama isterinya, Datin Patimah Ismail.
"Saya tak mahu komen lebih nanti ada pihak mer@juk. Saya nak jaga hati semua orang terutama isteri. Saya tak mahu hubungan saya dengan isteri menjadi k£ruh hanya kerana benda ini.
"Harapnya ada kejernihan dalam hubungan kekeluargaan kami, Insya-Allah," tutur Yusof yang sebelum ini mendedahkan anak lelakinya itu sudah lama tidak pulang ke rumah tanpa mengetahui punc@ sebenar.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment