01 March 2024

JANNA NICK AKUI TERT£KAN BELUM HAMIL, DAH CUBA PELBAGAI CARA



"Terbangun tidur 4 pagi decide (bercadang) untuk buat pregnancy test (ujian kehamilan). Buat masa Dini tidur, so dia tak nampak saya str£ss. Harap tak kec£wa lagi. Penat dah berharap.

"Doa selagi mampu sebab memang teringin sangat. Nerv0us (Gementar) setiap kali nak check result (cek keputusan). Berharap dapat dua line (garisan).

P£lik sebab dah cuba bermacam cara. Kena paksa diri terima hakikat belum ada rezeki," tulis pelakon Janna Nick yang meluahkan rasa sedih apabila hasratnya untuk menimang cahaya mata tidak kesampaian.

Janna yang berkongsi video membuat ujian kehamilan baru-baru ini di TikTok, berkata, dia sudah melakukan pelbagai cara untuk mendapatkan zuriat, namun perlu menerima hakikat belum rezekinya lagi.

Dalam pada itu, Janna ada menjawab pertanyaan daripada netizen, bahawa dia s@nggup berk0rban melakukan aktiviti kegemarannya bagi memastikan dirinya hamil.

Malah jelas Janna, dia turut mengambil pelbagai suplemen sehingga em0sinya terg@nggu kerana tert£kan belum hamil lagi.

Klik untuk gambar besar

"Jawapan bagi soalan: Badan berisi sebab tak aktif bergerak sebab takut tak lek@t. K0rban segala activity yang saya suka.. yoga, sauna, heavy exercise (senaman berat), kerja berlebihan sebab nak bagi badan rest (rehat).

"Makan segala jenis supplement (suplemen - makanan tambahan) sampai muka naik jer@wat, jer@wat besar. Start psych0 (Mula psik0) bila setiap bulan semua benda I (saya) rasa simpt0m mengandung. Overanalyze!" katanya.

Selain itu, Janna juga akui perjalanan kehamilan bukanlah satu perkara yang mudah, dek kerana itu, dia turut menitipkan doa agar mereka yang melalui situasi yang sama sepertinya turut akan dikurniakan cahaya mata.

"Please take note (Sila ambil perhatian), pregnancy journey (perjalanan kehamilan) tak mudah. Saya faham, saya terima takdir dan tahu ada orang lagi lama menunggu.

"Janna berdoa agar semua yang sama-sama berjuang dan menanti akan dapat baby (bayi) yang comel-comel," titip Janna yang mendirikan rumah tangga dengan pelakon Dini Schatzmann di Langkawi, Kedah pada 23 Jun tahun lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: