28 March 2024

KESIHATAN SEMAKIN MER0SOT - JAAFAR ONN TERPAKSA GUNA KERUSI RODA



Pelakon dan pengacara veteran, Jaafar Onn, 73, memaklumkan, sejak enam bulan lalu, dia terpaksa menggunakan kerusi roda untuk memudahkan pergerakan, selepas kesihatannya semakin mer0sot.
Berkongsi keadaan terkininya, Jaafar atau nama sebenar, Jaafar Onn Awang memberitahu, kakinya semakin memb£ngkak dan melec£t, selain sudah setahun tidak dapat bekerja.

Bagaimanapun, Jaafar tetap berharap agar dia masih mampu menyumbang bakti kepada industri seni tanah air.

"Walaupun sudah enam bulan menggunakan kerusi roda, saya masih menunggu tawaran bekerja. Ada juga dapat tawaran penggambaran drama walaupun dalam keadaan perlu bersabar.

"Kalau ada produksi yang mahukan khidmat, jangan risau hendak panggil, saya terima dengan hati terbuka. Sampaikan Raja Azura kata tak apa, dia boleh tolak kalau saya berkerusi roda pun asalkan dapat berlakon.

"Jiwa saya jiwa seni, mana mampu pergi mana lagi. Kalau betul tak mampu saya tak mahu menyusahkan orang lain," kata pelakon drama popular, 'Cili Padi' itu.

Jaafar dalam masa sama meluahkan rasa syukur kerana masih ada pihak yang prihatin dan sudi membantu menghulurkan bantuan kepadanya.

"Saya juga berterima kasih kepada rakan-rakan yang sentiasa menyokong dan datang menziarahi," ujarnya.

Sebelum ini, tular dalam media sosial satu klip video memaparkan Jaafar sedang berkerusi roda dan dibantu beberapa individu ketika ingin masuk ke dalam kereta.

Klip video berkenaan menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat mengenai keadaan terkini pelakon kelahiran Muar, Johor itu.

Sementara itu, anak angkat Jaafar iaitu Hanif Hashim memaklumkan, kesihatan pelakon itu mula mer0sot sejak Oktober tahun lalu selepas dimasukkan ke Hospital Serdang akib@t kesuk@ran bernafas.

"Dia agak uzur sekarang dan tak boleh urus diri sendiri, saya yang kena uruskan. Di rumah, dia akan pakai lampin pakai buang sebab hendak ke bilik air agak sus@h.

"Kalau hendak bangun, kaki dia tak kuat dan kena papah. Cuma dalam seminggu ini selepas makan ubat keadaan dia sudah nampak baik sikit," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: