28 March 2024
"SAYA JUGA SUDAH LAMA MAAFKAN DIA DAN 'MOVE ON'..." - BEKAS ISTERI SAFEE SALI, FITRIA ELFINA TAK MAHU SIMPAN DEND4M, BERLAPANG DADA
"Alhamdulillah, lega Allah permudahkan segala urusan. Saya juga sudah lama maafkan dia dan 'move on' cuma saya menangis (masa kes hadanah) sebab pasal anak bukan sebab fikirkan perkahwinan kami.
"Saya tiada mas@lah dengan dia, malah saya pun tak mahu kac@u rumah tangga dia (Safee Sali) dengan isteri baru, cuma saya hubungi dia sebab anak kami saja."
Demikian tutur bekas isteri kepada bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali, 40, iaitu Fitria Elfina Maharip, 44, yang berkata, dia berlapang dada dan tidak menyimpan sebarang dend@m dengan bekas suaminya itu, biarpun sudah berpisah.
Sebelum ini, kem£lut rumah tangga Safee atau nama sebenarnya, Mohd Safee Mohd Sali dan Fitria Elfina akhirnya berakhir selepas mahkamah mengesahkan perceraian mereka.
Difahamkan, Safee dan Fitria Elfina hadir berasingan ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, Selangor, baru-baru ini bagi pengesahan lafaz perceraian mereka.
Mengulas lanjut, Fitria Elfina memberitahu, fokusnya kini hanya untuk menuntut hak penjagaan dua anak, Shania Safina dan Shanika Salsabila yang masing-masing berusia tujuh dan sembilan tahun selepas didakwa dibawa Safee sejak 6 Februari lalu.
"Sampai sekarang saya tak dapat berhubung langsung dengan anak-anak, entah sekolah atau tidak. Selama ini saya cuba hubungi dia tanyakan hal anak tetapi dia yang cuba l@ri-l@ri dan tak mahu beri kerjasama sampailah saya terpaksa gunakan mahkamah untuk tuntut hak jagaan anak.
"Saya harap di bulan mulia ini Allah lembutkan hati Safee dan semoga dia dapat ketepikan eg0 dia demi kebaikan anak-anak supaya kami dapat selesaikan isu ini dengan sebaiknya," katanya.
Sementara itu, peguam Fauzan Ziman Hassan yang mewakili Fitria Elfina, berkata, mahkamah mengesahkan lafaz perceraian yang dibuat Safee pada 11 Februari lalu sah selepas meneliti keterangan kedua-dua pihak.
"Pengesahan lafaz cerai selesai dengan mahkamah s@bitkan jatuh talak dua selepas defendan menghantar dua kali pesanan suara melalui WhatsApp kepada plaintif pada 11 Februari lalu.
"Selepas mahkamah dengar semua keterangan daripada empat ke lima lafaz, ada dua lafaz yang Safee berniat untuk jatuhkan talak jadi mahkamah s@bitkan perceraian dengan mengambil kira pengakuan itu.
"Mahkamah juga arahkan perceraian itu hendaklah didaftarkan di pejabat agama islam daerah dan sijil nikah dua pihak dibatalkan," jelasnya.
Bagi k£s tuntutan nusyuz dibuat Safee, Fauzan mengulas, sebutan semula k£s terb@bit ditetapkan pada 30 April ini manakala sebutan semula kes tuntutan hak penjagaan anak akan berlangsung 9 Mei ini.
Terdahulu, Fitria Elfina membuat pendedahan, dimana dia terputus hubungan dengan dua anak perempuannya sejak awal Februari lalu.
Ia membuatkan suri rumah itu tiada pilihan terpaksa memfailkan tuntutan hadanah di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, sebelum prosedur sulh kedua-dua pihak yang berlangsung pada 18 Mac lalu itu gag@l mencapai kata sepakat.
Untuk makluman, Safee dan Fitria Elfina berkahwin pada 21 Disember 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.
Sebelum itu, Presiden Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) itu juga pernah berkahwin dengan Sabarina Yusof pada 2007, sebelum berpisah pada 2 April 2012. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment