"Baru-baru ini, nak beli juadah berbuka puasa untuk anak pun saya tiada duit. Datin Red ada urusan di hospital dan minta saya uruskan anak-anak, kebetulan saya tiada duit langsung.
"Anak saya tiga orang berpuasa. Saya kemudian mesej Adira, Alhamdulillah dia bagi saya RM100 untuk pinjam,"
Ujar usahawan Datuk Red yang mengakui, dia terpaksa meminjam duit daripada isteri keduanya, penyanyi Adira Suhaimi untuk membeli juadah berbuka puasa untuk ketiga-tiga anak isteri pertamanya, Datin Red.
Sebelum ini, Datuk Red atau nama sebenarnya, Datuk Seri Adnan Abu, yang sedang berd£pan kem£lut rumah tangga itu mendedahkan sudah lima tahun dia tiada pekerjaan dan selama ini dit@nggung oleh Adira.
Datuk Red juga turut memaklumkan, dia sedang mencari pekerjaan untuk mencari rezeki demi anak-anak serta membayar hut@ng.
Sementara itu, Datuk Red berkata, dia kini mengenangkan anak-anaknya, apatah lagi hari raya bakal menjelma dan dia sudah berjanji untuk membelikan anak-anak baju raya
Klik untuk gambar besar
"Tidak kisahlah orang kata saya macam biaw@k hidup, memang betul keadaan saya begini. Tambah lagi bila kenang sudah dekat hari raya.
"Saya kenang anak-anak, m@lu belakang kira. Anak-anak minta baju raya, tak akan saya nak minta Adira, sedangkan saya sebagai bapa masih sihat lagi. Saya sudah janji dengan anak-anak saya untuk belikan mereka baju raya," katanya.
Dalam pada itu, Datuk Red memberitahu, dia terbuka menerima apa saja peluang pekerjaan, sekaligus menyangk@l dakwaan netizen dia terlalu memilih kerja selepas diisyt1harkan mufl1s sejak tahun 2019.
"Untuk buat masa sekarang dan melihat keadaan saya ketika ini... saya memang tak kisah kerja apa sekali pun. Kalau ada orang suruh tolong di bazar Ramadan pun saya tiada mas@lah. Janji saya dapat tunaikan hasrat anak-anak saya untuk sambut hari raya nanti.
"Saya sanggup buat apa saja untuk penuhi permintaan anak saya. Biarlah mereka berbaju raya... saya sudah tua tiada mas@lah kalau tiada. Yang penting anak saya gembira.
"Saya bukan minta sedekah. Saya nak kerja sebab saya masih kuat lagi bekerja. Janji halal dan dapat cari rezeki untuk anak-anak... untuk selesaikan hut@ng nanti dulu. Bagi saya hidup dulu, saya takkan lagi ke mana pun," jelasnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment