17 March 2024
MASIH F0BIA DENGAN DRAMA 'PEREMPUAN ITU' - ERMA FATIMA KINI TAMPIL DENGAN DRAMA BARU 'LELAKI ITU'
Penerbit dan pengarah terkenal, Erma Fatima menerusi perkongsian video di Instagram, memberitahu, dia teringat drama 'Perempuan Itu' terbitannya yang pernah menc£tuskan kontr0versi ketika ditayangkan Ramadan tahun lalu.
Kini, Erma mengakui dia 'fobia' menanti drama terbaru terbitannya, 'Lelaki Itu' yang ditayangkan di TV3 pada Ramadan ini.
"Pada tahun ini, ada dua drama terbitan produksi Rumah Karya Citra akan ditayangkan di TV3 pada bulan puasa dan salah satunya drama Lelaki Itu yang juga dari inspirasi kisah benar.
"Tiap-tiap hari saya berdoa janganlah ada apa-apa kontr0versi lagi sebab tak lar@t nak hadap," tutur Erma yang mengarahkan drama itu bersama Along Kamaludin.
Dalam perkongsiannya itu lagi, Erma berkata, drama 'Perempuan Itu' mengetengahkan isu peny0ndol sebelum ini dan nampaknya ia sudah menjadi 'tr£nd' kisah peny0ndol pula baik dalam drama mahupun realiti.
"Kali ini, dalam drama 'Lelaki Itu', saya petik isu lain yang orang tak pernah buat pun. Tak klise sangatlah tapi 'tab0o'. Saya pun s£ram sejuk masa tulis cerita ini.
"Cuma yang pastinya orang kata, tangan wanita yang mengg0ncang buaian boleh mengg0ncang dunia. Tapi buai yang dig0ncang itu dibeli oleh lelaki, tengok jenislah," katanya.
Dalam pada itu, Erma turut mengulas mengenai 'Lelaki Itu' dimana drama tersebut bukan semua lelaki itu nakal dan di sebalik kenakalan setiap manusia itu pasti ada kebaikannya.
"Bila lelaki buat hal, wanita akan sal@hkan lelaki saja kan, contohnya, lelaki ada 'aff@ir' (skandal) dengan wanita lain, tak boleh bagi nafkah z@hir b@tin.
"Lelaki kalau dia rasa tak dapat jadi lelaki dalam rumah sendiri, dia akan cari jalan lain nak tunjuk kejant@nannya," jelas Erma yang juga berkata, dalam hal ini, kita perlu menjadi manusia yang bertanggungjawab, tak kira lelaki atau wanita.
"Tengoklah drama 'Lelaki Itu' dan belajar dari pengalaman dalam cerita ini di mana apabila seorang manusia tidak ada sifat tanggungjawab akan h@ncur semuanya. Kadang-kadang bila nak selamatkan diri, kita lupa tanggungjawab itu," ujarnya.
Untuk info, drama ini menampilkan lakonan Datuk Adi Putra, Che Puan Sarimah Ibrahim, Fazura, Nabila Huda, Aedy Ashraf, Hannah Delisha, Nadia Brian, Sophia Albarakbah dan Fadlan Hazim.
Drama sebanyak 30 episod ini akan mula bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat menerusi Slot Samarinda, TV3 jam 10 malam mulai 19 Mac ini.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment