15 March 2024

NABILA RAZALI KONGSI PENGALAMAN RAMADAN SEBAGAI ISTERI, AKUI GEMENTAR



"Sebenarnya sebelum kahwin kami ada berbincang tentang persiapan menyambut Ramadan. Maklumlah saya sebelum ini misalnya bangun sahur disediakan ibu atau buat saja untuk diri sendiri.
"Tapi apabila sudah berkahwin saya kena tahu apa yang suami suka, jaga pakai makan dia. Jadi macam untuk persiapan sahur Ramadan hari pertama saya masak nasi goreng.

"Tapi sebab gementar dan takut terlajak atau tak sedar waktu sahur, saya masak nasi goreng pukul 2 pagi. Itu dah macam supper bukan sahur."

Demikian kongsi penyanyi dan pelakon Nabila Razali yang teruja menyambut Ramadan bersama suami tercinta, Nik Iruwan, namun mengakui tidak dapar lari daripada perasaan gementar.

Dalam pada itu, tambah Nabila lagi, suaminya ini seorang yang tidak cer£wet mengenai makan sahur, cukup sekadar kurma dan minum air.

"Padahal suami saya rupanya jenis orang yang cukup makan kurma dan minum air waktu bersahur. Sebenarnya amalan ini juga memudahkan saya," katanya menerusi program bual bicara di televisyen baru-baru ini.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: