05 March 2024

SELAIN ADIRA, DATUK RED DEDAH ISTERI PERTAMA TURUT FAILKAN CERAI : "MEREKA TIDAK ADA PAK4TAN (BERCERAI)... IA BERL4KU SECARA KEBETULAN"



"Orang luar mungkin lihat saya masih mampu tersenyum tetapi di sebaliknya hanya saya saja tahu. Bayangkan sekarang ada dua isteri, tapi boleh hil@ng dengan sekelip mata.

"Kalau kenangkan dulu, mungkin boleh cari wanita lain tapi sekarang tidak, lebih-lebih lagi anak pun sudah ramai dan makin membesar.

"Mereka tidak ada pak@tan (bercerai). Ia berl@ku secara kebetulan. Masing-masing ada hak sendiri dan itu permohonan mereka sendiri.

"Bagaimanapun sebagai ketua keluarga saya perlu mempertah@nkan rumah tangga ini," ujar Datuk Red yang mendedahkan, selain Adira, dia turut bakal kehilangan isteri pertamanya, Datin Seri Sharifah Norshafika Hassim atau Datin Red, apabila turut menfailkan cerai.

Namun begitu, Datuk Red menjelaskan, keputusan kedua-dua isterinya yang memfailkan perceraian itu bukan satu pak@tan, sebaliknya berl@ku secara kebetulan.

Menurut pemilik nama sebenar, Datuk Seri Adnan Abu, itu lagi, dia sudah berulang kali memohon maaf kepada kedua-dua isterinya tetapi keputusan mereka tetap sama.

"Saya tetap nak pertah@nkan apa yang saya miliki. Saya juga manusia, lal@i dan sering minta maaf tapi perkara ini tetap berulang (perpisahan).

"Saya tidak nafikan, dalam rumah tangga banyak berl@ku perselis1han faham dan saya akan tetap berusaha untuk menyelamatkan rumah tangga ini," katanya.

Klik untuk gambar besar

Sebelum ini, Datuk Red hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang, bagi prosiding keputusan laporan Jawatakuasa Pendamai (JKP) pagi tadi.

Bagaimanapun proses itu gag@l menemui jalan penyelesaian dan mahkamah melanjutkan kepada proses Hakam yang akan berlangsung pada 24 April depan.

Sementara itu, peguam yang mewakili Datuk Red iaitu Muhammad Akmal Azman, memaklumkan anak guamnya itu turut berdepan dengan permohonan perceraian yang difailkan isteri pertama Datuk Red di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Selangor pada 18 Mac ini.

Terdahulu, Adira memfailkan penceraian ke atas suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat Rawang, Selangor kerana tiada persefah@man pada 25 Oktober tahun lalu.

Untuk makluman, Adira pernah memfailkan penceraian pada tahun 2019, namun menarik semula permohonan itu demi anak-anak.

Adira berkahwin dengan Datuk Red di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4 dan Ayob yang kini berusia setahun.

Dalam pada itu, Datuk Red turut mempunyai lima orang cahaya mata bersama isteri pertamanya iaitu Datin Red.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: