05 March 2024
SUDAH BERKAHWIN - FADHLI MASOOT TAK BERNIAT S£MBUNYIKAN
Pelakon Fadhli Masoot yang kini sudah selamat bernikah dengan pilihan hatinya iaitu Suraya pada 2 Mac lalu, tampil menjelaskan, dia tidak berniat untuk meny£mbunyikan berita perkahwinannya ini kepada peminat.
Kata Fadhli, beberapa orang peminatnya sudah dimaklumkan mengenai berita gembira berkenaan selepas majlis pernikahan menerusi sesi bertemu peminat.
"Sebenarnya sebaik saja selesai akad nikah, saya minta izin kepada keluarga saya dan keluarga isteri untuk bertemu peminat saya.
"Saya merancang sesi meet & greet selepas nikah. Tapi peminat saya tak tahu tujuan utama saya adakan meet & greet. Bila berjumpa dengan mereka, barulah saya kongsikan berita gembira itu.
"Alhamdulillah, saya kenalkan isteri saya kepada mereka. Nampak la peminat terima dengan hati terbuka. Malah mereka juga senang berborak dengan isteri saya.
"Sejujurnya memang saya rancang untuk kongsi berita gembira ini dengan peminat yang sentiasa sokong saya," ujarnya.
Sebelum ini, majlis perkahwinan Fadhli yang popular menerusi drama bersiri 'Projek High Council' itu menjadi tular di media sosial beberapa hari lalu.
Sudah lebih setahun mengenali isteri, pelakon 'Syurga Itu Bukan Mudah' ini turut memberitahu, majlis resepsi mereka juga berlangsung di A Park, Puchong pada Ahad lalu.
"Alhamdulillah, saya dah isteri selamat bernikah pada 2 March lalu di Masjid Al-Falah USJ 9. Manakala majlis respsi telah diadakan pada 3 March di A Park, Puchong.
"Sebenarnya saya dah kenal Suraya sejak lebih setahun yang lalu," kata Fadhli yang dalam masa sama turut meneg@skan, dia tidak akan memperlahankan atau berhenti dari dunia lakonan, biarpun sudah bergelar seorang suami.
"Insya-Allah, walaupun saya sudah berumah tangga, tapi saya nak ia juga berjalan seiring dengan kerjaya seni. Tiada istil@h saya akan perlahankan kerjaya atau berhenti dari dunia lakonan," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment