"Saya dah lebih kepada reda dan pasrah. Tak ada pun tak mengapa. Bukanlah putus asa, tapi, mungkin Allah nak berikan anak kepada kami di akhirat sana."
Ujar pelakon Aprena Manrose, 31, dimana dia berkata, dia kini berada di dalam fasa reda dalam usaha untuk mendapatkan cahaya mata bersama suami, Mohd Afiq Hazman, selepas mendirikan rumah tangga sejak 2016.
Bagaimanapun, Aprena atau nama sebenarnya, Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman memberitahu, dia tidak pernah berputus asa dan yakin dengan ketentuan Allah.
Klik untuk gambar besar
"Sepanjang tempoh itu, kami buat beberapa rawatan seperti rawatan Islam, IUI, IVF, tapi tak ada rezeki. Bila teruja untuk pergi buat pemeriksaan, doktor maklumkan keputusannya gag@l.
"Saya dan suami pandang satu sama lain. Balik rumah, kami tutup telefon dan tidur. Mungkin kerana terlalu kec£wa ketika itu," katanya.
Dalam pada itu, Aprena berkata, sementara jadual kerjanya tidak terlalu pad@t, dia akan terus berusaha secara semula jadi.
"Allah berikan ikut apa yang kita mahukan juga. Sebelum ini, sejujurnya, memang tak ada cuti. Selepas bertudung, saya ada keinginan untuk lebih relaks sebab mungkin bila terlalu sibuk menyebabkan tak dapat hamil, tambah dengan hormon tak betul.
"Jadi, bila dah ada masa sekarang, Insya-Allah, kalau semua cara rawatan itu tak menjadi, kita boleh cuba cara semula jadi. Kita tak tahu, tapi Allah tahu bila masa yang sesuai," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment