24 March 2024

ZAQUAN ADHA JELAS DIA MENANGIS BUKAN KERANA K0NTRAK TAK SAMBUNG TAPI PERKATAAN BERSARA



Selepas hampir dua dekad menabur bakti dalam Liga Malaysia, pemain bola sepak terkenal negara iaitu Zaquan Adha, 37, baru-baru ini telah mengucapkan selamat tinggal kepada arena bola sepak negara dengan linangan air mata apabila k0ntraknya tidak disambung oleh Kelab Bola Sepak Negeri Sembilan (NSFC).
Enggan ia disalahertikan, suami kepada pelakon Ayu Raudhah ini tampil menjelaskan kek£liruan dikalangan banyak pihak sebelum ini, dimana dia mengakui gagal mengawal perasaan bukan disebabkan hilang pekerjaan dengan gaji lumayan sebagai pemain bola sepak profesional, tapi sebaliknya tersentuh dengan perkataan bersara.

"Mungkin ada orang tidak faham. Saya menangis bukan kerana k0ntrak tidak disambung, tapi sebab perkataan bersara. Itu fasa paling sedih buat semua pemain bola sepak apatah lagi sukan ini jiwa saya.

"Tak dinafikan sedikit sebanyak saya kec£wa apabila jasa kepada pasukan NSFC seakan tidak dihargai. Cara penamatan k0ntrak itu amat menyedihkan.

"Kec£wa itu pasti, saya tak boleh tipu jadi saya buat keputusan untuk berehat sekejap bagi menghilangkan rasa tersebut.

"Namun, itu tidak bermakna saya sudah lupakan sukan yang sudah jadi darah daging saya. Bola sepak tetap dalam hati saya," kata Zaquan yang juga bekas kapten NSFC.

Menurutnya lagi, biarpun dihujani pelbagai tawaran k0ntrak baharu daripada pasukan lain selepas berita penamatan khidmatnya tersebar, dia selesa memilih membantu isterinya berniaga.

"Satu pintu tertutup, pintu rezeki lain pula terbuka. Saya seronok bantu Ayu berniaga Sambal Geprek AR. Kami berdua yang buat sendiri dari proses awal cari cili di pasar dan cari botol.

"Ada orang terpaksa berjauhan dengan keluarga untuk cari rezeki. Namun, kami amat bertuah dapat rezeki kerja di rumah dengan anak-anak.

"Apapun hati saya masih terbuka untuk kembali beraksi di padang tapi bukan sebagai pemain bola sepak. Ada juga pasukan lain yang tawarkan saya kembali beraksi tapi saya perlu fikirkan masa depan, kena fikir panjang, lagipun saya bukan muda lagi.

"Mungkin perlu buka lembaran baru sebagai jurulatih atau usahawan yang berkaitan dengan bola sepak, paling penting nak tenang daripada dunia bola sepak," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: