18 April 2024
ADAKAN MAJLIS 'GENDER REVEAL' - ZAHIRAH MACWILSON & AIMAN HAKIM RIDZA BAKAL TIMANG ANAK PEREMPUAN
Nampaknya pasangan selebriti iaitu Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza bakal menimang cahaya mata kedua mereka tidak lama lagi, dimana jantina anak mereka difahamkan perempuan.
Perkara tersebut dikongsikan ibu Zahirah iaitu Maslinda Yusoff, dimana Zahirah dan Aiman baru-baru ini mengadakan majlis 'gender reveal' di kediaman mereka.
Menerusi video yang dikongsikan, pasangan ini bakal menimang cahaya mata perempuan berdasarkan kepulan asap warna pink yang keluar.
Untuk makluman, Zahirah dan Aiman berkahwin pada 8 Jun 2019 dan telah dikurniakan seorang anak lelaki diberi nama Isaac Raees yang kini berusia tiga tahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment