18 April 2024
SYAMSUL TAK BALIK BERAYA - YUSOF HASLAM TAK K£CIL H4TI, REDA
Pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam mendedahkan anaknya, Syamsul Yusof masih belum pulang ke rumah mahupun beraya bersama keluarga.
Kata Yusof, Syamsul ada menghubungi keluarga terdekat memberitahu, dia menyayangi ibu bapanya, selain mahu pulang ke rumah, namun sibuk dengan urusan kerja.
"Syamsul tak balik beraya dengan kami pada tahun ini. Tapi tak apa, kami tak ambal h@ti pun dan kami dah boleh terima benda ini. Semua ini adalah qada dan qadar.
"Tapi saya percaya dia seorang anak, kasih sayang dia pada ibu dan ayah dia tetap utuh. Biasalah budak muda mer@juk kan? Tapi kami memang tak ambil h@ti.
"Saya faham anak-anak ada jalur kehidupan mereka sendiri. Saya percaya apa yang disampaikan kepada sepupunya itulah suara hati sebenar dia," ujarnya.
Meskipun Syamsul tidak pulang berhari raya bersama keluarga, namun Yusof berkata, dia yakin anaknya itu akan pulang suatu hari nanti bertemunya dan juga ibunya, Datin Patimah Ismail.
"Saya percaya dia akan balik InsyaAllah. Berilah dia sedikit masa mungkin dia sedang sibuk sekarang. Tak mengapa saya pun tak mahu mengg@nggu dia. Sebagai ibu bapa, kalau kita yang mencari dia, rasa tak sedap pula," tuturnya.
Dalam pada itu, jelas Yusof, dia dan isteri sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak sulung mereka serta berharap filem terbarunya 'The Original G@ngster' menerima sambutan ramai.
Terdahulu, pada awal Mac lalu, Yusof mendedahkan Syamsul juga tidak menghubungi kerana mungkin agak sibuk dengan pembikinan filem.
Difahamkan, kali terakhir dua beranak ini bertemu ialah pada 2022 iaitu ketika ibu mentua Yusof yang juga nenek Syamsul s@kit.
Dalan kenyataan lain, kata Yusof, dia faham dengan situ@si itu kerana Syamsul mungkin sedang sibuk dengan pembikinan filem terbaru arahannya, 'The Original G@ngster' yang bakal ditayangkan hujung tahun ini.
"Apa saja untuk Syamsul, saya dan ibunya sentiasa mendoakan terbaik. Tidak ada ayah atau orang tua yang mahu melihat kej@tuhan anaknya," katanya yang turut memberitahu, sebagai bapa, dia perlu matang untuk berd£pan dengan situ@si yang mel@nda keluarganya ini.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment