04 April 2024

AKUI KESIL4PAN, MAHU PERHATIAN - BELLA ASTILLAH DEDAH ALIFF AZIZ CURANG 11 KALI TERMASUK ADIKNYA



"Sebenarnya sejak semalam (kelmarin) saya mengetahui perkara ini dari rakan-rakan terdekat dan netizen pun bercakap. Saya faham perkara ini juga secara mendadak tapi netizen boleh fikir esok (hari ini) adalah sebutan k£s perceraian saya, mengapa sekarang?

"Sebenarnya untuk k£s ini, ia terjadi tahun lepas. Ia sudah lama dan niat saya adalah untuk buat suami saya cembvru. Saya percaya rakan-rakan saya kenal dan tahu bagaimana saya sayang Aliff.

"Jadi bila saya menggunakan seseorang untuk buat suami saya cembvru, kerana pada ketika itu dia cur@ng bersama dua wanita yang lain dan tak perlu saya sebut nama. Saya nak perhatian dia dan dengan cara itu saya harap dia beri perhatian dan cembvru."

Demikian jelas pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, 30, yang berterus-terang bahawa isu dia menjalinkan hubungan dengan pelakon baharu, Muaz Zabir yang tular kini berpunc@ daripada kesil@pan terdahulunya pada tahun lalu.

Dapati niatnya itu mungkin kur@ng baik sehingga melakukan kesil@pan itu, Bella atau nama sebenarnya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, berkata, semuanya sudah dijelaskan dan diketahui sendiri suaminya, Aliff Aziz, 33, dan juga keluarga.

"Budak lelaki ini baik. Bila kita tak dihargai, rasa macam samp@h, jadi bila ada seseorang yang memberi perhatian, saya akui saya manusia biasa dan ini adalah kesil@pan saya yang pertama saya selama 10 tahun saya bersama dengan Aliff.

"Bagaimanapun kita sudah berbaik dan berdamai dengan seluruh keluarga. Bukan hanya dengan Aliff sahaja tapi dengan keluarga di Singapura dan keluarga saya juga. Kami sudah bermaafan dan bercuti ke Pulau Pinang jadi tiada mas@lah apa-apa.

"Aliff pun sudah letak penutup di situ dan katakan dia masih sayangkan saya. Selepas kej@dian itu, saya nampak dia hargai saya. Saya pun fikir saya buat kesal@han dan kena taubat.

Klik untuk gambar besar

"Ini adalah kesal@han saya dan saya pun sudah minta maaf," ujar Bella yang mengakui hubungan mereka suami isteri kembali jernih selepas kej@dian itu.

Tambah Bella lagi, ketika Aliff menjayakan penggambaran bersama Ruhainies, perubahan suaminya itu tidak lama apabila kembali mengabaikan dirinya.

"Bila dia mula penggambaran dengan Ruhainies, dia sudah tukar 'p@ssword'. Jadi mungkin mereka nak menutup k£s khalw@t itu, mungkin sudah tiada senj@ta, mereka gunakan k£s saya.

"Di mana Aliff tidak sedar ke Ruhainies menggunakan dia. Sedangkan Aliff apa yang saya ada mengenai dia. Ini semua saya luahkan pada kali pertama. Hanya Aliff yang ada gambar saya dan Muaz.

"Orang mar@h cakap saya bod0h tapi orang tak tahu bagaimana saya sayangkan rumah tangga saya. Saya mahu anak-anak saya ada ibu bapa yang lengkap jadi saya berk0rban," tuturnya.

Bukan itu sahaja, Bella turut mendedahkan suaminya itu sudah 11 kali cur@ng sepanjang perkahwinan mereka dan ada bukti terhadap semua kecur@ngan itu.

Dalam pada itu, Bella memberitahu, dia paling terluk@ apabila Aliff juga mencur@nginya dengan adik kandungnya sendiri.
"Yang orang tahu Aliff cur@ng empat dan lima kali. Terus-terang, buat pertama kali saya keluarkan pasal ini, Aliff sudah cur@ng 11 kali. Berserta bukti, Aliff pun tahu.

"Seperti yang diketahui ramai, saya sebenarnya ada tiga orang adik-beradik. Dan sebenarnya Aliff juga pernah cur@ng dengan adik saya.

"Punyalah saya sayang dekat Aliff, sampaikan saya bu@ng keluarga saya sendiri. Saya tak pernah beritahu mengenai perkara ini tetapi saya terpaksa juga," jelasnya.

Selain itu, Bella berkata, Aliff ada bertukar hantaran mesej meminta agar hubungan mereka dipermudahkan sewaktu dirinya dan Aliff mengerjakan ibadah umrah pada 2022 lalu.

"Sebenarnya sewaktu di umrah pun, ada teks mereka yang mengatakan doakan hubungan mereka. Allah, saya s@kit dada nak cerita. Inilah rahsia saya dan keluarga simpan sebaik-baiknya.

"Pasal adik saya memang kesil@pan sangat besar. Kami sekeluarga sudah tidak balik kampung," katanya yang turut menjelaskan, sebenarnya terlalu b£rat berkongsi mengenainya dan meny£sal terpaksa memutuskan untuk adiknya dibu@ng keluarga.

Untuk makluman, Bella yang memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspres pada 13 Mac, mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan pelakon itu pada 9 September 2016.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masing-masing berusia tujuh dan empat tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: