04 April 2024

JENAZAH SELAMAT DIKEBUMIKAN - SALWA KATA ARWAH JAAFAR ONN DILIHAT SEOLAH LEM4H SEMANGAT LEPAS ROHANA JALIL MENINGGAL DUNIA



Malam semalam, jenazah pelakon dan pengacara Jaafar Onn, 73, telahpun selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam, Masjid Jamek Al-Firdaus, Tanjung Gading.

Sebelum dikebumikan, jenazah Jaafar dibawa ke masjid terb@bit untuk disolatkan yang turut disertai kira-kira 100 orang termasuk keluarga terdekat serta kariah.

Hujan pada sebelah petang seolah-olah menangisi pemergian Allahyarham yang menghembus nafas pada jam 11.30 pagi semalam di Hospital Sultan Idris, Serdang.

Turut hadir memberi penghormatan terakhir adalah anak angkatnya, Mohd Hanif Mohd Hashim dan Pengerusi Persatuan Karyawan Malaysia Negeri Melaka dan ahli jawatankuasa Karyawan Melaka, Datuk Zainal Abu Bakar.

Klik untuk gambar besar

Selain itu, hadir sama kakak Allahyarham, Puteh Awang dengan bacaan talkin diketuai Shaifizal Jamal Abdul Nasir, Imam Masjid Al- Firdaus.

Sementara itu, penyanyi Datin Salwa Abdul Rahman memberitahu, sikap Allahyarham Jaafar berbeza ketika mengadakan persembahan di Plaza Masalam, Shah Alam pada Sabtu lalu.

Jelas Salwa, ketika itu arwah tidak ceria dan tidak berborak seperti biasa seolah beri petanda akan pergi selama-lamanya.

"Kenangan terakhir dengan arwah ketika buat persembahan di Plaza Masalam, Shah Alam, Sabtu lalu. Saya sudah beritahu arwah tak perlu datang, tetapi dia mahu juga datang dan menyanyi dengan saya.
"Pada hari itu, saya lihat arwah tidak seperti kebiasaannya, nampak lain sangat. Arwah tidak menyanyi dan berborak seperti sebelum ini. Daripada situ, saya dapat agak arwah seperti sudah tak lama jika dilihat peny@kit dihid@pi," ujarnya.

Tambah Salwa lagi, dia merasakan arwah Jaafar seperti hilang semangat selepas pemergian beberapa rakan baiknya termasuk Allahyarham Rohana Jalil kerana mereka sangat rapat.

"Kehilangan beberapa rakan baik sangat memberi kesan. Mungkin arwah rasa lem@h semangat selepas Allahyarham Rohana Jalil meninggal dunia. Kita tahu mereka sangat rapat.

"Saya nampak semangat arwah sudah berkurangan. Arwah tak beritahu, tetapi sebagai kawan saya nampak semangatnya hilang selepas arwah Rohana meninggal dunia," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: