20 April 2024
"ALHAMDULILLAH, KEADAAN SUAMI SEMAKIN BAIK & DIA SUDAH BOLEH BERNAFAS SEPERTI BIASA" - ISTERI ALI XPDC
Isteri kepada penyanyi, Ali XPDC, 56, iaitu Sharifah Azuwanna Syed Joned, 52, telah memaklumkan perkembangan kesihatan suaminya ketika ini, dimana Ali sudah boleh bernafas seperti biasa.
Kelmarin, Ali dikejarkan ke wad kecemasan, Hospital Sultan Idris Shah, Serdang kerana mengal@mi s£sak nafas di kediamannya di Bandar Baru Salak Tinggi jam 11 pagi.
Ali mengal@mi s£sak nafas ketika majlis penyerahan sumbangan kerusi roda yang disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan dan Pembangunan Bandar Lestari, Kebudayaan, Adat Istiadat Melayu dan Warisan Selangor, Borhan Aman Shah.
Jelas isteri Ali lagi, suaminya itu memberi tind@k bal@s yang baik dengan ubat yang diberikan doktor.
"Alhamdulillah, keadaan suami semakin baik dan dia sudah boleh bernafas seperti biasa dan tidak s£mput lagi. Selepas doktor beri ubat, suami juga buang air dengan banyak dan doktor juga sudah keluarkan air dari paru-parunya.
"Sebelum ini, wayar penuh di dada dan perutnya tetapi sekarang dia sudah boleh bernafas seperti biasa tanpa alat bantuan pernafasan lagi," kongsinya.
Dalam pada itu, Sharifah Azuwanna turut menjelaskan mengenai keadaan jantung suaminya, dimana Ali kini dipindahkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) kerana mas@lah jantungnya yang b£ngkak.
Katanya, hasil pemeriksaan, doktor beritahu Ali ada masalah bengkak sedikit di jantung dan perlu ditahan kira-kira lima hari lagi di wad.
"Saya masih menunggu laporan dari doktor pakar mengenai keadaan jantung suami yang b£ngkak itu sama ada perlu dirawat dengan antibi0tik dan sebagainya lagi," katanya.
Sementara itu, Sharifah Azuwanna turut kesal dengan laporan yang mendakwa suaminya dimasukkan ke hospital kerana serangan jantung.
"Saya ada terbaca laporan yang tidak betul mengenai suami dapat s£rangan jantung di Facebook sedangkan dia dikejarkan ke hospital semalam (kelmarin) kerana s£sak nafas dan s£mput.
"Pada masa sama, saya juga berharap semua peminat sama-sama mendoakan semoga suami cepat sembuh dan boleh keluar segera dari hospital," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment