29 April 2024

BILA SARAH YASMINE DEDAH BOYFRIEND RUHAINIES YANG BAYARKAN SEMUA KOS LIB4TKAN ALIFF AZIZ



Nama kekasih kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine nampaknya terus menerus menjadi sebutan hangat di media sosial apabila dia sedikit demi sedikit mendedahkan setiap sesuatu perkara.
Terbaru, Sarah mendakwa pelakon Ruhainies mempunyai teman lelaki dan lelaki tersebut membayar peguam melibatkan k£s khalw@t termasuk kos perbelanjaan Aliff berulang alik ke Kuala Lumpur.

"Ruhainies ada boyfriend. Boyfriend dia yang bayarkan peguam, semua perbelanjaan Aliff ulang alik ke KL, k£s khalw@t dan semua yang ada kena mengena dengan Aliff.

"Semua teman lelaki Ruhainies bayarkan tapi dekat Aliff, Ruhainies kata lelaki itu hanyalah bekas kekasih dia. Tapi takkan lah bekas teman lelaki nak tolong sedangkan dia tahu hubungan Aliff dengan Ruhainies," ujarnya.

Dalam pada itu, kata Sarah, mungkin disebabkan pertolongan tersebut, Aliff rasa terhut@ng budi dengan Ruhainies sehingga mengikut apa yang disuruh oleh pelakon wanita berkenaan.

"Kalau saya jadi Aliff pun saya akan dengar cakap, dah orang tu tolong. Saya faham Aliff, mungkin dia terhut@ng budi," tuturnya.

Sementara itu, Sarah turut menyebut nama Sophia Albarakbah agar tidak berlakon suci serta mendakwa pelakon itu pergi ke wartawan untuk mengatakan kononnya Aliff yang mencarinya tetapi dia tidak melayan sedangkan dia ada bukti sebaliknya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: