29 April 2024

IRMA HASMIE MOHON DOA SUPAYA ALLAH PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN DIA & ANAK-ANAK



Semua sedia mengetahui mengenai suami kepada pelakon Irma Hasmie iaitu Redza Syah Azmeer yang didakwa sudah berkahwin baharu selepas lelaki itu memuat naik foto perkahwinan di akaun Instagram miliknya, semalam.
Berhubung dakwaan tersebut, Irma yang dihubungi itu enggan bercerita lebih mengenai berita berkenaan, sebaliknya memaklumkan dirinya berada dalam keadaan baik.

"Mohon doa supaya Allah permudahkan segala urusan saya dan anak-anak serta Allah jaga dengan Rahmat-Nya.

"Doakan moga Allah beri ketenangan dan banyakkan rasa syukur. Apa yang yang penting Allah jaga hati dan fikiran kami (anak-anak)," katanya.

Dalam pada itu, Irma ketika ditanya mengenai status perkahwinannya sama ada masih bergelar isteri atau sudah memilih jalan perpisahan, bagaimanapun tidak menjawab persoalan tersebut.

Terdahulu, hantaran Redza menc£tuskan tanda tanya apabila menulis keterangan berkaitan perjalanan baharunya sebagai suami dengan wanita terb@bit, selain mendoakan agar orang ramai dipertemukan dengan kebahagiaan yang dicari.

Sebelum ini, timbul dakwaan rumah tangga Irma dan suami dikatakan sedang dil@nda bad@i susulan jarang memuat naik foto bersama sejak Ogos 2023.

Untuk makluman, Irma dan Redza mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: