03 April 2024

DATUK RED HARAP KERJA YANG DIPEROLEHINYA JADI ASBAB ADIRA TAWAR HATI NAK TERUSKAN CERAI



"Sejak enam hari sebelum itu saya tidak balik dan apabila pulang t@kut juga nak tahu reaksi Adira, tetapi dia terima dengan baik dan dia nampak ceria.
"Malah dia juga banyak mengajar saya cara-cara untuk kendalikan laman TikTok. Katanya teruskan usaha yang telah saya buat sebelum ini. Semoga ini menjadi asbab dia tawar hati nak teruskan perceraian."

Itulah kata Datuk Red, dimana dia tidak menyangka akan disambut baik oleh isteri keduanya, penyanyi Adira Suhaimi, ketika pulang ke rumah.

Akui Datuk Red, dia bimb@ng jika Adira tidak mahu menerimanya apabila pulang ke rumah, selepas enam hari keluar mencari kerja.

Sementara itu, Datuk Red yang juga suami kepada Datin Red ini meluahkan rasa syukur apabila menerima banyak tawaran kerja selepas tular video temu bualnya.

Jelasnya, tawaran kerja itu mampu men@mpung perbelanjaan kewangan untuk menyambut hari raya.

"Saya pun terk£jut. Sebelum ini hidup saya gel@p dan sekarang sudah mula nampak sinar. Bagaimanapun saya kenalah memilih tawaran. Bukannya nak dem@nd, tetapi dalam usia sekarang ini (46 tahun) perlu pilih kerja yang sesuai.

"Dengan tawaran kerja sekarang ini dapatlah saya kumpul modal bagi memulakan perniagaan. Saya rancang nak jual baju. Bila ada perniagaan nanti saya boleh bayar hut@ng," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: