03 April 2024
"JANGAN G4NGGU KAMI, BIAR SAYA DENGAN ANAK-ANAK BAHAGIA CARA SENDIRI" - RITA RUDAINI MOHON BEKAS SUAMI TAK CARI ANAK-ANAK
"Saya ada due date, expired date, date tu dah habis, saya bagi masa sampai anak nak masuk tadika, anak saya dah masuk darjah 1 tu pun takde. Jadi bagi saya cukuplah, jangan ganggu kami, biar saya dengan anak-anak bahagia cara sendiri."
Ujar pelakon Rita Rudaini yang memohon kepada bekas suaminya iaitu Aidil Zafuan untuk tidak mengg@nggunya serta kedua anak mereka iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna di masa akan datang.
Kata Rita, dia sudah memberi masa kepada bekas suaminya itu untuk berbuat demikian, namun kini anak-anaknya sudah besar.
Menurut pelakon itu lagi, jika benar bekas suaminya itu mahu datang berjumpa anak-anak, sepatutnya ketika mereka masih kecil lagi.
Tambah Rita lagi, anak-anak tidak ada memori bersama bapa mereka kerana ditinggalkan sejak kecil.
"Tak perlu nak datang, anak saya dah besar. Kalau nak datang, datang masa anak saya masih kecil. Masa ditinggalkan waktu 8 bulan dan 2 tahun," tuturnya.
Untuk makluman, Rita Rudaini dan Aidil Zafuan pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 2008 tetapi perkahwinan mereka berakhir pada tahun 2013.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment