02 April 2024

FIZO OMAR KATA HAK PENJAGAAN ANAK DENGAN BEKAS ISTERI DISELESAIKAN CARA BAIK



Pelakon dan pengacara Fizo Omar, 38, memaklumkan hak penjagaan anak tunggalnya, Wan Maryam hasil perkahwinan dengan bekas isteri, Mawar Karim kini diselesaikan cara baik.
"Alhamdulillah... sebab daripada awal lagi kita pergi berbincang biar mahkamah yang putuskan. Kami tidak ada perg@duhan. Kalau ikut bermas@m muka, nak berg@duh itu ada sahaja. Tapi sebab dua-dua dah faham, mahkamah dah putuskan giliran saya hari apa semua dah ada.

"Sekarang Maryam dah tujuh tahun dan boleh faham. Dia pun dah ingat jadual sekolah dan sebagainya. Pandangan saya, kalau dulu pun ikut em0si nak berg@duh, sam@n menyam@n dan turun naik mahkamah.

"Tapi bila kita lalui benda ini, sekejap sahaja. Bersabar dan bersabar akhirnya benda ini dah boleh toleransi. Kuncinya bersabar. Kalau ikut darah muda, nak saman sahaja.

"Ia ambil masa tujuh hingga lapan tahun nak selesai berebut anak. Tahu-tahu anak dah besar. Dari bayar duit RM20,000 pada peguam baik simpan dalam bank," tutur fizo yang turut berkata, dia dan bekas isterinya mengikut keputusan mahkamah dan sebarang perubahan perlu dibincangkan bersama.

Dalam pada itu, Fizo yang juga hos Nasi Lemak Kopi O TV9 ini menjelaskan, apabila Maryam berumur sembilan tahun, dia akan buat keputusan untuk tinggal dengan sal@h seorang daripada mereka.

"Saya sebenarnya tak pernah tuntut hak penjagaan Maryam sebab pada saya anak perempuan perlukan mak lagi. Maryam sangat rapat dengan saya, tapi lain kalau bapa jaga berbanding emak.

"Untuk kebaikan anak, tak apalah saya mengal@h jumpa sebulan dua kali sahaja. Tapi daripada situ saya belajar sesuatu. Saya belajar nilai untuk menghargai masa dengan anak.

"Waktu Maryam ada dengan saya, takkan saya ambil tawaran sho0ting atau sebagainya. Betul-betul fokus pada dia. Hargai dia betul-betul," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: