02 April 2024

GELAGAT AYDEN LAP AIR MATA BELLA ASTILLAH BUAT NETIZEN S£BAK



Baru-baru ini, video memaparkan pelakon dan penyanyi Bella Astillah yang dilantik sebagai duta jenama pakaian terkenal, bersama dua anaknya iaitu Ayden dan Ara menjadi perhatian.
Menerusi video dimuat naik di TikTok itu, anak-anak Bella menyanyi lagu raya, malah, Ayden turut mengatakan dia akan menjadi anak yang baik kerana sayang akan ibunya, selain berkata, ibunya adalah insan yang melahirkannya.

Kata-kata Ayden itu membuatkan Bella tidak dapat menahan air mata. Apa yang menarik perhatian, aksi anak sulung lelaki Bella itu mengelap air mata ibunya mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut sebak.

Dalam pada itu, ada yang mengatakan cara Ayden mengelap air mata ibunya seperti sudah biasa melihat Bella menangis.

Berhubung video itu juga, ada netizen berharap agar isteri kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz ini terus kuat menghad@pi dug@an.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: