22 April 2024

GELARAN BIDUANITA NEGARA - SITI NURHALIZA ULAS MENGAPA HARUS DID£BATKAN



"Sebenarnya berdirinya saya di sini sebagai penggiat seni lebih kepada menghiburkan, berjuang untuk minat yang saya ada. Saya tidak pun berdiri untuk segala 'title' (gelaran) sebab ia akan datang tepat pada waktunya.
"Saya tidak men@gih ke atau pun apa. Kadang-kadang saya rasa alam@k macam nak tergelak pun ada, rasa macam kenapa harus diperd£batkan? Bagi saya, memang ada ramai lagi (penggiat seni) yang lebih bagus, yang lebih lama."

Itulah ujar penyanyi wanita tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, 45, yang memberitahu, dia tidak pernah memikirkan untuk dirinya mendapat gelaran Biduanita Negara kerana pemb@bitan utama dalam karier nyanyian adalah menghiburkan peminat.

Jelas penyanyi lagu 'Jerat Percintaan' dan 'Cindai' ini, meskipun memiliki gelaran Biduanita Negara itu sebagai bonus, namun ia sama sekali tidak pernah menjadi matlamat 'pertama' dalam dirinya sepanjang menceburi industri hiburan selama ini.

Dalam pada itu, Siti berkata, biarlah urusan pemilihan siapa layak untuk gelaran Biduanita Negara itu diserahkan sepenuhnya kepada pihak yang berkenaan untuk membuat penilaian.

"Untuk saya sendiri, tidaklah melihat ini (gelaran Biduanita Negara) sebagai satu perkara yang perlu diperd£batkan. Kalau dah rezeki, sampai masa, kalau betul-betul rezeki saya, dapatlah.

"Kalau tidak (dapat) pun, saya tak rasa apa-apa pun sebab cinta saya itu lebih kepada kerja-kerja menghiburkan. Orang yang menonton, melihat persembahan dan menghargai lagu-lagu saya, itu lebih memberi makna.

"Apapun, ia juga bukan saya bermaksud tidak menghargai itu (gelaran), tetapi perjuangan utama saya adalah terhadap karier. Saya tidak berjuang untuk mendapatkan sesuatu gelaran ke apa. Tak terfikir, memang di kepala saya tidak terfikir lagi pun (Biduanita Negara)," tutur ibu dua cahaya mata ini.

T£gas Siti lagi, beliau memang tidak pernah meletakkan sasaran untuk meraih gelaran tertentu di dalam dirinya, melainkan fokus kepada buat kerja menghiburkan peminat dan bergembira.

Baru-baru ini, selepas kejayaan Siti ketika menganjurkan konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza pada 9 Mac lalu, ia menarik perhatian ramai pihak yang menyarankan agar gelaran Biduanita Negara wajar diberikan kepadanya di atas pelbagai pencapaian.

Difahamkan, saranan itu mendapat perhatian Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang memaklumkan fasa awal cadangan penganugerahan gelaran berkenaan kepada Siti masih dalam proses perbincangan dalaman.

Sebelum ini, gelaran Biduanita Negara iaitu penganugerahan kepada anak seni oleh Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Penulis Lagu Tanah Air (PAPITA) melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan hanya pernah diberikan kepada dua penyanyi iaitu Allahyarham Puan Seri Saloma pada 1978 dan Allahyarham Datuk Sharifah Aini (2006).

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: