26 April 2024

"JODOH INI DI TANGAN TUHAN" - GAYATRI KATA KALAU JADI KAHWIN ZUL ARIFFIN, JADILAH



"Saya rasa sejak dulu saya akan 'post' satu gambar dan beraya macam biasa di rumah Hanim Ariffin (kakak Zul). Saya pun tak tahu mengapa orang beri lebih perhatian, tiba-tiba sahaja. Setiap tahun saya akan 'post', tapi kita doa-doakan yang terbaik sahaja.
"Macam biasa saya cakap dari dulu berkenaan jodoh, kalau ada jodoh, adalah dan kalau tiada, maka tiada. Setakat ini, saya belum umumkan apa-apa dan saya juga penerbit, jadi saya tidak berminat mengenai tanggapan netizen.

"Mereka hendak tahu mengenai Zul sebenarnya dan tak mahu tahu mengenai saya. Jadi, saya fikir tak perlu respon, kalau jadi, jadilah. Dan kalau tak jadi, tak adalah."

Demikian ujar penerbit Gayatri Su-lin Pillai yang berkata, dia tidak sangka gambar raya bersama pelakon Zul Ariffin yang dikongsikan di Instagram baru-baru ini menjadi perhatian ramai.

Jelas Gayatri, dia berkunjung ke rumah kakak Zul seperti yang dilakukan seperti kebiasaan bagi menyambut hari raya.

Dalam pada itu, Gayatri mengambil pendekatan tidak mengiyakan atau menafikan apabila ditanya sama ada dia adalah suri hati kepada pelakon berbadan sasa itu.

Sementara itu, Gayastri yang sudah mencecah 49 tahun itu memberitahu, dia tidak terg£sa-g£sa untuk menamatkan zaman bujang serta menyerahkan soal jodoh kepada takdir.

"Sudah tentu kahwin itu penting, tapi ia bukan perkara ditekankan sejak dulu. Macam saya cakap, kalau jadi dengan Zul, jadi. Tapi kalau tak dengan Zul, mungkin dengan orang lain, maka jadilah. Jodoh ini di tangan Tuhan," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: