25 April 2024

KEPUTUSAN SYASYA UNDUR DIRI - DOLLA HORMATI WALAUPUN SEDIH



Umum sedia mengetahui mengenai keputusan bekas ahli Dolla iaitu Syasya yang mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada kumpulan tersebut.
Berhubung pengunduran itu, anggota Dolla berkata, walaupun sedih, mereka menghormati keputusannya, selain gembira dengan keputusan Syasya untuk berkahwin.

Untuk info, Dolla kini tinggal bertiga yang dianggotai Tabby, Sabronzo dan Angel.

Dalam pada itu, Tabby mengulas, sebagai sebuah kumpulan, mereka menyokong keputusan Syasya walaupun berasa sedih dengan pengundurannya itu.

Klik untuk gambar besar
"Syasya memang ada beritahu kami keputusannya untuk berkahwin dan berundur dari Dolla sebelum ini.

"Walaupun sedih, tetapi kami masih bercakap dan berkawan seperti biasa. Kami juga menyokong keputusannya berkahwin demi kebahagiaannya," katanya.

Tambah Tabby lagi, mereka juga tidak hadir ke majlis pernikahan Syasya baru-baru ini kerana ia diadakan secara tertutup untuk keluarga terdekat saja.
"Majlis pernikahan Syasya sangat 'private' dan hanya untuk ahli keluarga terdekat. Pada masa sama, Sabronzo juga tidak ada di sini ketika itu," ujarnya.

Disamping itu, ditanya mengenai pengunduran Syasya ketika nama Dolla berada di kemuncak, Sabronzo menjelaskan, setiap anggota kumpulan itu mempunyai perancangan dalam kerjaya masing-masing.

"Kami juga ada perancangan masing masing untuk karier. Siapa kami nak beritahu Syasya keputusannya untuk berkahwin dan undur diri dari Dolla tidak sesuai ketika ini?
"Sebagai sebuah kumpulan, kami sentiasa hormati dan menyokong keputusannya itu," tuturnya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim berkata, walaupun sudah berundur dari Dolla, Syasya masih belum tamat k0ntrak dengan Universal Music.

"Saya tidak boleh beritahu berapa lama lagi k0ntrak Syasya bersama Universal, tapi dia tidak terikat untuk buat lagu dan sebagainya lagi.
"Setiap anggota Dolla menandatangani k0ntrak dengan pihak kami secara individu. Buat masa ini, Syasya buat keputusan untuk berehat dulu kerana berkahwin dan kami masih belum buat perbincangan apa yang akan dilakukannya selepas keluar dari Dolla," jelasnya.

Selain itu, Kim memberitahu, tahun ini, belum ada perbincangan lagi berhubung anggota baru untuk menggantikan tempat Syasya dalam Dolla.

"Pada tahun ini, kumpulan Dolla yang sudah tinggal bertiga akan terus k0mited dan bekerja k£ras untuk mengukuhkan jenama mereka," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: