18 April 2024

KETIKA DI TANAH SUCI - SYAFIQ KYLE DOAKAN HUBUNGANNYA DENGAM MIMI LANA



"Masya-Allah, Alhamdulillah. Antara sal@h satu doa yang saya minta di Tanah Suci ialah hubungan dengan semua termasuk keluarga dan Mimi.
"Teruskan berdoa. Kalau saya yang pegang 'button" makbul itu mesti saya makbulkan tapi bukan saya yang pegang.

"Kita manusia, saya pun bukannya matang dan pandai sangat untuk bercakap, saya hanya boleh reda, terima dan teruskan sokong."

Demikian kata pelakon Syafiq Kyle yang baru sahaja pulang mengerjakan ibadah umrah baru-baru ini, dimana dia mengakui ada menyelitkan doa berkenaan hubungannya dengan pelakon Mimi Lana ketika di Tanah Suci.

Jelas Syafiq atau nama sebenarnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 31, hubungannya dengan Mimi hanya sekadar rakan, namun menyerahkan soal jodoh kepada Tuhan.

"Apabila ada pengharapan dalam hati ramai, saya harap sulamkan dengan doa. Saya pun memang tak berhenti berdoa di Tanah Suci.

"Saya pun bukan individu yang layak untuk beri kata putus tentang semua yang terjadi. Masing-masing pun dapat melihat dan untuk mengh@kimi pun terpulang pada masing-masing.

"Apa yang boleh cakap ialah setakat itu sahaja. Alhamdulillah kami masih berbaik dan berkawan. Untuk kata lebih pun tak berani," ujarnya.

Sementara itu, ditanya mengenai kehadiran Mimi pada majlis tayangan perdana filem 'Sheriff' baru-baru ini, Syafiq berkata, dia sekali lagi meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buat mereka berdua.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: