18 April 2024

ZUL ARIFFIN JELAS TIAP TAHUN RAYA BERSAMA GAYATRI, DAH ANGGAP MACAM KELUARGA



"Dia (Gayatri) setiap tahun akan beraya dengan keluarga saya. Saya sudah anggap Gayatri macam keluarga saya.
"Daripada dulu emak saya memang sayang dia macam mana sekali pun, memang sudah anggap macam anak dia sendiri.

"Kalau tengok balik, setiap tahun ada (gambar raya bersama). Bagi saya saya tak kisah pun (raya bersama bekas kekasih)."

Itulah kata pelakon Zul Ariffin yang menjelaskan, dia sudah menganggap produser filem, Gayatri Su-Lin Pillai seperti ahli keluarganya sendiri dan setiap tahun akan beraya dengan keluarganya.

Kata Zul lagi, dia Gayatri hanya sekadar kawan selepas hangat diperkatakan mengenai desas-desus hubungan cintanya dengan Gayatri kembali bertaut.

Dalam pada itu, Zul memberitahu, dia sudah ada teman istimewa dan akan berkongsikan berita gembira jika mahu mendirikan rumah tangga serta memilih tidak mendedahkan identiti wanita itu di media sosial.

"Awak tengok sosial media sekarang ini, sebab itu saya tidak selalu memuat naik dekat sosial media sebab semakin meng@rut.

"Saya cuba sedaya upaya untuk melindungi apabila manusia atau netizen ini memberi komen seumpama tidak s£dar diri yang sehingga mengh1na orang, mer£ndah-r£ndahkan orang. Jadi saya rasa lebih baik saya senyap," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: