24 April 2024

MARISSA DANIA MOHON AMPUN PADA BAPA UNDANG SEBAK : "ADIK SELALU DOA SUPAYA D0SA PAPA BAGI DEKAT ADIK..."



Menerusi Instagram produk kambing perap terkenal baru-baru ini, ada berkongsikan video memaparkan pelakon Norman Hakim bersama anaknya, Marissa Dania Hakim bagi menjayakan iklan produk berkenaan.

Dalam video tersebut, Norman dilihat tidak dapat menahan air mata serta menyatakan rasa rindu terhadap anak perempuannya itu.

Lebih sebak apabila Norman berkongsikan video memaparkan tulisan milik Marissa ketika kecil yang masih disimpan di dalam telefonnya berbunyi : "Adik selalu doa supaya dosa papa bagi dekat adik, pahala adik bagi dekat papa sebab adik sayang papa".

Marissa yang melihatkan video di telefon itu memohon ampun kepada bapanya diatas segala kesil@pan yang pernah dilakukan.

Klik untuk gambar besar

"Adik minta ampun, minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki," kata Marissa.

Kemudian, Norman membal@s, dimana dia sudah lama memaafkan apa saja d0sa dan kesil@pan anaknya itu.

Sementara itu, melihat pada ruangan komen pula, rata-rata netizen tidak dapat menahan sebak menyaksikan momen anak beranak itu.

Malah, ada yang berpendapat Norman tidak dapat menahan sebak kerana gag@l menjadi wali kepada anaknya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: