03 April 2024

RAIH RM15,000 SEBULAN LIVE DI TIKT0K - AZLEE SENARIO TERHARU LIHAT SOKONGAN PEMINAT YANG HARGAI KERJAYANYA



"Saya pun tak sangka penangan TikT0k ni dan saya baru sahaja belajar. Ia bermula ketika saya menjadi juri untuk sebuah program TV.
"Ada sahabat cadangkan saya untuk buat live di TikT0k. Katanya boleh cari duit lebih untuk tambang balik. Pada mulanya, saya macam mal@s nak mula.

"Kemudian, sahabat saya itu ciptakan akaun dan saya tak sangka platform itu boleh jana pendapatan. Saya terk£jut sebab orang boleh beri 'gift' sebanyak itu."

Ujar pelawak Senario yang terharu melihat sokongan peminat yang menghargai kerjayanya dalam bidang seni dengan menyumbang hadiah atau 'gift' di TikT0k.

Kata Azlee, dia tidak menyangka platf0rm TikT0k sedikit sebanyak telah membantunya untuk meraih pendapatan sampingan ketika siaran langsung.

Dalam pada itu, Azlee turut mendedahkan, dimana dia pernah membuat siaran langsung selama lima minit dan berjaya meraih sebanyak RM8,500.

Meskipun begitu, pelawak itu menjelaskan, dia tidak membuat live sepanjang masa dan mendedahkan mampu meraih pendapatan mencecah lima angkat dalam masa sebulan.

"Dalam sebulan saya boleh dapat RM15,000. Saya akan keluarkan setiap hujung bulan. Saya anggap ia pendapatan bulanan saya. Alhamdulillah, setakat ini, duit kereta dan rumah, TikT0k yang bayar," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: