03 April 2024

IBU MENTUA DIJEMPUT ILAHI PADA BULAN RAMADAN - FEEYA ISKANDAR PILU KONGSI KISAH PEMERGIANNYA



Pada Subuh 30 Mac lalu, penyampai radio iaitu Feeya Iskandar atau Cik Piah telah kehilangan ibu mentuanya, Allahyarham Asnah Mohd Amin yang menghembuskan nafas terakhirnya.
Cik Piah yang berkongsi rasa pilu itu memberitahu, dia dan suaminya reda akan pemergian ibu mentua yang dianggp seperti ibunya sendiri itu.

"Arwah memang dah tak sihat. Dua tiga hari sebelumnya, dia dah nampak makin l£mah. Kami fikir, dia mungkin s@kit tua, tapi tak sangka dia pergi secepat itu.

"Bila tengok keadaannya, kami rasa, mungkin dia boleh dibawa ke hospital, dirawat dan makan ubat kemudian akan kembali okay. Tapi, tak sangka semalam (kelmarin) itu, Allah ambil nyawanya.

"Kami semua reda sebab daripada terus tengok dia s@kit, terus s£ksa dia. Seluruh ahli keluarga reda dengan pemergiannya dan apa pun, kita yang hidup kena teruskan kehidupan macam biasa," katanya.

Tambahnya lagi, Asnah yang meninggal dunia pada usia 73 tahun itu menetap bersama anaknya yang juga kakak ipar Cik Piah, sebelum menghembuskan nafas terakhirnya di sisi keluarga.

"Malam terakhir, kami sempat berkumpul ramai-ramai. Dia memang suka tengok anak cucu semua berkumpul.

"Betul-betul waktu azan Subuh, dia menghembuskan nafas terakhirnya," tutur Cik Piah yang tetap meneruskan komitm£nnya sebagai penyampai di stesen radio Suria FM, walaupun masih dalam keadaan berduk@.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: