29 April 2024

SUDI KAHWIN DENGAN ALIFF AZIZ JIKA DIA BERUBAH - SARAH JASMINE TAK KISAH SIAPA JODOHNYA



"Kalau Aliff berubah, mungkin. Jodoh Allah yang pilih, bukan saya. Saya juga tak benci orang lama. Saya cuma tak boleh ditipu banyak kali.
"Saya okay kalau dia nak kahwin dengan siapa pun walaupun bukan saya. Saya tak mahu paksa dia suka saya atau kahwin dengan saya."

Itulah kata wanita yang kini menjadi perhatian ramai yang juga pernah menjadi kekasihAliff Aziz iaitu Sarah Yasmine, dimana memberitahu, dia sudi menerima jika penyanyi dan pelakon itu mengajaknya berkahwin.

Jelas Sarah, dia sudi menerima Aliff jika penyanyi dan pelakon itu berubah, namun dia okay dengan siapa pun Aliff berkahwin, meskipun bukan dirinya.

Dalam pada itu, Sarah turut mengakui ramai wanita yang gil@kan Aliff, ditambah pula dengan statusnya sebagai selebriti.

Ujarnya lagi, Aliff mempunyai kekurangan, namun seorang yang baik. Meskipun begitu, Sarah berkata, dia juga menyedari bahawa penyanyi dan pelakon itu berstatus suami orang.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: