12 April 2024

SYASYA KINI BERHIJAB SELEPAS UNDUR DIRI DARI DOLLA?



Semua sedia mengetahui mengenai Syasya dimana dia mengumumkan pengundurannya daripada kumpulan tersebut atas sebab peribadi.
Malah, sehingga kini, masih tiada penjelasan daripada Syasya sendiri mengenai perkara itu yang hangat diperkatakan serta mengejutkan ramai pihak.

Namun, sejak kelmarin, tular video di media sosial dimana ia memaparkan seorang individu didakwa Syasya tampil berhijab di hari raya pertama.

Melihat pada video yang tersebar di TikTok, Syasya berada di dalam kereta dan video dipercayai dirakam oleh ahli keluarganya.

Klik untuk gambar besar
Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji kecantikan Syasya mengenakan hijab serta memberikan sokongan atas perubahan baik itu.

Terdahulu, Dolla berkata, hubungan mereka berempat sangat rapat dan sudah menganggap Syasya sebagai adik serta akan terus memberikan sokongan kepadanya.

Dalam pada itu, jelas Dolla lagi, mereka akan terus memberikan komitmen penuh serta berusaha untuk berikan yang terbaik untuk para peminat.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: