12 April 2024
TIDAK KISAH JODOH SUAMI ORANG, BUJANG ATAU DUDA - NADIA BRIAN MAHU YANG BERTANGGUNGJAWAB, BANYAK BERSABAR
"Saya tidaklah meletakkan kriteria yang berlebih-lebihan. Cuma, sekadar yang boleh bertanggungjawab dan banyak bersabar, itupun dah mencukupi. Bertanggungjawab itu luas ertinya.
"Suami orang, bujang atau duda sekalipun, kriteria yang saya sebutkan itu perlu ada. Kita tak boleh nak cakap, tak mahulah suami orang. Silap-silap, jodoh kau di situ.
"Kalaulah dengan suami orang pun, saya rasa saya nak harmoni dan tak mahu perg@duhan. Mana tahu, yang pertama datang meminang, okaylah. Kalau sorok-sorok, tak mahulah."
Ujar pelakon Nadia Brian, 33, yang tidak menolak sekiranya jodohnya selepas ini adalah lelaki yang bukan berstatus bujang.
Kata Nadia, sekiranya itu adalah jodoh yang sudah ditetapkan Allah buatnya, dia terima dengan hati terbuka.
Dalam pada itu, Nadia memberitahu, dia mahu jodohnya itu seorang yang bertanggungjawab dan banyak bersabar.
Menjelaskan lebih terperinci mengenai kriteria yang disebut, Nadia yang sebelum ini pernah berumah tangga itu berkata, dia tidak mahu pisang berbuah dua kali.
"Bertanggungjawab kepada dirinya sendiri, kemampuannya, tanggungjawab kepada saya dan keluarga. Saya harap, adalah ciri-ciri itu.
"Sebenarnya, saya tak mahu pisang berbuah dua kali. Daripada berbuah dua kali, lebih baik bersendirian. Tapi, tidaklah rasa bersendirian sangat pun sebab saya ada keluarga dan kawan-kawan.
"Kalau ada, ada. Yang penting, tak mahulah ada mas@lah di hadapan, yang p£lik-p£lik. Kalau boleh kalau apa pun, nak hubungan itu harmoni," katanya.
Untuk makluman, Nadia pernah berumah tangga dengan ahli perniagaan, Muizz Nasruddin pada 9 November 2019 dan bercerai pada April 2021.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment