17 April 2024
TAMPIL BERHIJAB - LANA NODIN AKUI KINI DALAM FASA PERCUBAAN, MOHON DOA YANG BAIK-BAIK
"Bukan tidak mahu berkongsi (penghijrahan), cuma saya masih berada dalam fasa percubaan sejak Ramadan lalu. Bukan tidak mahu mengheb@hkan, cuma belum istiqamah sepenuhnya lagi.
"Kalau orang nampak tu nampak la. Apatah lagi, suami pun turut menyokong segala keputusan dan tind@kan yang dibuat oleh saya. Kini saya berada dalam fasa percubaan, doa yang baik-baik buat saya."
Demikian jelas pelakon Lana Nodin yang memberitahu, dia kurang selesa untuk mengheb@hkan soal penghijrahannya, sebaliknya berdoa agar istiqamah berubah ke arah lebih baik.
Sejak kebelakangan ini, perkongsian pelakon itu menjadi perhatian ramai apabila memuat naik gambarnya tampil berhijab, sekaligus mendapat reaksi p0sitif daripada netizen.
Dalam pada itu, Lana berkata, usianya bakal mencecah 46 tahun dan dia mahu bermuhasabah diri dan dalam masa sama mahu membimbing suaminya yang merupakan seorang mualaf.
"Hujung tahun ini saya bakal bertambah usia kepada 46 tahun, pejam celik lagi beberapa tahun dah masuk 50 tahun. Selain muhasabah diri, saya bersama keluarga berubah ke arah lebih baik atas nasihat rakan-rakan.
"Saya hendak membimbing diri suami yang mualaf, namun tidak bertudung jadi seperti tidak selari. Jadi ini salah satu fasa untuk berubah ke arah lebih baik, bukan saja saya dan suami tetapi buat anak-anak juga," tuturnya.
Untuk makluman, Lana mendirikan rumah tangga dengan suaminya David atau nama Islamnya, Mohd Daud McKienzi pada 15 Mei 2015. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment