18 April 2024
YUSOF HASLAM JELAS UKHUWAH BERSAMA PUTERI SARAH & KELUARGA KEKAL SAMPAI AKHIR HAYAT
"Hubungan keluarga saya dan keluarga Puteri Sarah tak akan pernah berakhir. Ukhuwah yang terjalin itu akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.
"Bahkan sehingga ke hari ini, hubungan saya dan besan juga baik-baik saja dan ada masa kami akan keluar makan bersama. Tiada apa yang berubah pun.
"Biarpun anak-anak kami sudah berpisah, namun tidak wujud jur@ng antara kami. Apatah lagi, kehadiran cucu juga mengeratkan lagi hubungan kami."
Itulah kata pengarah dan penerbit terkenal, Yusof Haslam ketika mengulas sambutan Aidilfitri tahun ini bersama bekas menantunya, pelakon Puteri Sarah.
Jelas Yusof, biarpun hubungan antara anaknya, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah sudah berakhir, namun ukhuwah yang terjalin akan berkekalan sampai bila-bila.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Yusof turut men£gaskan, dia dan isterinya, Datin Patimah Ismail juga masih mengekalkan hubungan baik kedua besannya iaitu Megat Kamaruddin dan Paridah Puteh.
Sementara itu, maklum Yusof lagi, dia dan isteri terbuka hati sekiranya Puteri Sarah memilih untuk berkahwin lain di masa yang akan datang.
"Bagi saya itu jodoh dia. Kalau Syamsul pun ada jodoh dia (yang lain), Sarah juga ada jodoh dia. Apa yang berl@ku semuanya adalah ketentuan Allah SWT.
"Kami reda dan kita bukanlah nak bu@ng Sarah kalau dia kahwin lain ke, tidak. Dia pun masih boleh beraya bersama kami," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment