29 May 2024

"ALHAMDULILLAH, MERASA 'BREASTFEED' UNTUK BABY KALI INI" - UYAINA ARSHAD LUAH RASA GEMBIRA & SYUKUR DAPAT RASAI NIKMAT MENYUSUKAN ANAK KEDUA



Menerusi perkongsian di Insta Story, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad telah meluahkan rasa gembira dan syukur apabila kali ini diberikan rezeki merasai pengalaman menyusukan anak keduanya.

Ini kerana kata Uyaina atau nama penuhnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 31, dia sebelum ini tidak dapat menyusu badan (breastfeed) kerana anak sulungnya itu mengal@mi mas@lah lidah pendek atau 'tongue tie'.

"Alhamdulillah, merasa breastfeed (menyusu badan) untuk baby kali ini. Syukur Alhamdulillah. Pengalaman saya masa Urhan (anak sulung) dulu, dapat susu badan kurang dari dua minggu sahaja, sebab dia tongue tie. Jadi bila baby kedua ini dapat fully breastfeed, saya sangat-sangat bersyukur," tulisnya.

Dalam pada itu, Uyaina turut menyifatkan pengalaman menyusukan anak atau 'breasfeed' adalah nikmat yang besar daripada Allah.

Klik untuk gambar besar

"Sebenarnya, breastfeed ini adalah satu kelebihan dan nikmat yang besar. Nikmat Allah yang mungkin tak semua ibu dapat rasa," tulisnya.

Pada 17 Mei lalu, Uyaina selamat melahirkan anak keduanya melalui proses pembedahan, susulan dia mengal@mi mas@lah jantung.

Untuk makluman, Uyaina mendirikan rumah tangga dengan Raja Syahiran pada 21 Disember 2021 dan dikurniakan dua anak lelaki.

Anak sulung pasangan ini diberi nama Raja Urhan yang kini berusia dua tahun, manakala anak kedua pula difahamkan sehingga kini masih belum didedahkan lagi.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: