29 May 2024
'SIDAI' MEDIA HAMPIR DUA JAM - PUTRI ARIANI DISIFATKAN TIDAK PROFESIONAL
Penyanyi muda Indonesia yang mempunyai bakat besar iaitu Putri Ariani, 19, telah disifatkan sebagai seorang yang tidak profesional.
Ini kerana Putri Ariani enggan hadir semula bertemu media tempatan bagi menyambung sesi temubual selepas majlis sidang akhbar konsert Walkerworld Tour 2024, di sini, hari ini.
Sebelum itu, pihak media hanya mendapat peluang mel0ntarkan tiga soalan serta dijawab sangat ringkas oleh Putri Ariani membuatkan permintaan dibuat kepada penganjur untuk sesi temubual semula dapat dilakukan.
Selepas hampir dua jam menunggu, akhirnya wakil penganjur memaklumkan bintang program realiti American's Got Talent (AGT) itu enggan menghadirkan diri bagi sesi temubual semula tersebut.
Menurut wakil penganjur, Putri Ariani tidak dibenarkan bertemu semula dengan pihak media tempatan oleh bapanya tanpa memberi alasan kukuh.
"Mohon maaf, bapa Putri Ariani baharu maklumkan yang anaknya tidak akan turun (daripada bilik penginapan hotel) bertemu media untuk menyambung semula sesi temu bual yang tert@ngguh sebentar tadi.
"Maaf, kepada pihak media semua yang terpaksa menunggu hampir dua jam," ujarnya kepada media ketika ditemui di sebuah hotel terkemuka di Bandar Sunway, tempat sidang akhbar itu berlangsung.
Terdahulu, pihak media tempatan hanya berpeluang bertanyakan tiga soalan dan sesi temu bual terpaksa dihentikan kerana pihak pengurusan Putri Ariani mahu membawa penyanyi remaja itu makan tengahari kerana belum sarapan pagi.
Namun, wakil penganjur berjanji kepada pihak media untuk membawa kembali Putri Ariani bertemu media bagi meneruskan sesi temubual semula yang tert@ngguh itu berikutan konsert bersama Alan Walker ini bakal berlangsung pada 22 Jun depan.
Bagaimanapun, tind@kan Puteri Ariani dan pengurusannya yang tidak profesional itu membuatkan pihak media tempatan berasa k£sal kerana "disid@i' terlalu lama dan membu@ng masa.
Untuk makluman, Putri Ariani memulakan karier seninya dalam industri hiburan Indonesia dengan mengikuti pertandingan pencarian bakat, Indonesia's Got Talent musim kedua yang disiarkan di stesen televisyen SCTV pada 2014.
Pada tahun lalu pula, Putri Ariani menyertai uji bakat pertandingan AGT bagi musim ke-18 untuk minggu kedua dengan menyanyikan lagunya berjudul 'Loneliess' sebagai penampilan pertama.
Tuah nyata menyebelahi Putri Ariani yang juga OKU cacat penglihatan apabila juri tetap AGT, Simon Cowell membuka peluang buatnya lagi untuk menyanyikan lagu berjudul 'Sorry Seems to Be the Hardest Word' nyanyian Elton John bagi penampilan kedua.
Di akhir persembahannya, Putri Ariani berjaya mendapatkan 'Golden Buzzer' daripada Simon dan secara automatik membuatnya layak ke pertandingan itu dan bertahan hingga bertanding di pentas 'final' AGT.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment